Berikut adalah contoh surat akuan cerai yang perlu dibuat oleh seorang bekas suami yang telah berkahwin dengan pasangannya di Pejabat Agama yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, di Thailand.
Surat ini cuma contoh. Ubahlah mana-mana yang perlu untuk menyesuaikan surat ini dengan keadaan sebenar yang dialami.
Saya,................................... beralamat di .................................. No Kad Pengenalan............ dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa saya telah berkahwin dengan bekas isteri saya, .......(nama penuh).................. beralamat di ................................. No Kad Pengenalan.......... pada ...(tarikh)...... di Majlis Agama Islam xxxx, Thailand Dengan ini, saya sahkan bahawa saya telah menceraikan isteri saya yang tersebut di atas dengan ....(1,2 atau 3).... talak pada ....(tarikh cerai).... Saya boleh dihubungi melalui telefon nombor.......... dan bekas isteri saya boleh dihubungi melalui telefon nombor......... Saya membuat akuan ini dengan keyakinan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar. Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut di atas. Tandatangan:
|
Buat surat akuan cerai, kemudian cetak dan suami tandatangan depan pesuruhjaya sumpah.
Setelah ditandatangani oleh suami, bawa ke Kementerian Luar Negeri, Bahagian Konsular, di Putrajaya untuk mereka cop.
Bawa surat ini, pasport, IC sendiri dan salinan IC suami, surat nikah atau salinan surat nikah, ke Pejabat Agama tempat nikah dulu