Pasangan yang nikah di Thailand boleh dikenakan hukuman denda mengikut peruntukan undang-undang syariah setiap negeri.
Secara amnya, denda tak lebih dari RM1000 seorang boleh dijatuhkan ke atas setiap kesalahan berkaitan nikah di Thailand
Berikut ialah senarai denda yang boleh dikenakan kepada pasangan yang nikah di Thailand, untuk kebanyakan negeri:
Pernikahan diluar kawasan tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali). Hukuman ini boleh dikenakan keatas suami dan isteri.
Poligami tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali). Suami sahaja, kecuali Selangor dimana isteri pun boleh didenda.
Mendaftarkan nikah selepas 6 bulan ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali). Hukuman ini boleh dikenakan keatas suami dan isteri.
Tetapi ada negeri yang mengenakan denda yang lebih tinggi. Contohnya, Terengganu. Ada juga negeri yang mengenakan denda yang rendah. Dan setiap negeri membenarkan rayuan kurangkan denda.
Selain denda, elok juga difikirkan kos guaman untuk memudahkan urusan, terutamanya dalam kes poligami yang memerlukan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah.
Hubungi 010-365 8513 untuk bantuan pendaftaran dengan denda yang rendah, atau tak ada denda langsung. Proses pendaftaran pun selesai cepat. Tak perlu masuk mahkamah dan tak ada hukuman penjara.