Mari kami bawa ke Thailand untuk nikah rahsia yang sah.
Dapatkan maklumat lengkap!
Hubungi Kami: whatsapp 010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut

Nikah mut'ah adalah sejenis kahwin kontrak yang diharamkan oleh kebanyakan mazhab. Nikah mut'ah dianggap haram oleh semua mazhab dalam Ahlussunah Wal Jamaah dan diharamkan juga oleh sebahagian besar golongan Syiah, termasuk golongan Zaidi dan Ismaili. Nikah mut'ah cuma dihalalkan oleh golongan Syiah Al-Imam 12.

Kahwin kontrak yang dipanggil nikah cina buta tak sama dengan nikah mut'ah, tapi diharamkan juga oleh Islam.

Klik CINA BUTA untuk maklumat lanjut tentang nikah cina buta.

Maksud Nikah Mut'ah atau Kahwin Kontrak

Nikah mut'ah atau kahwin kontrak ialah nikah bertempoh. Ini jelas dari lafaz akad nikah mut'ah, menurut Imam Syiah Ja'afar Al-Sadiq, seperti berikut:

Aku nikah dengan kamu dalam mut'ah, mengikut Quran dan sunnah Rasulullah, tanpa warisan dariku kepada mu atau sebaliknya, untuk tempoh ............ dengan mahar ............

Nikah mut'ah menyamai nikah biasa dalam beberapa perkara, seperti ada ijab-kabul dan mahar. Nikah Mut'ah juga berbeza dari nikah biasa dalam beberapa perkara, seperti tak perlu ada wali atau saksi.

Nikah mut'ah pernah dibenarkan di zaman Rasulullah, tapi, menurut hadith, Rasulullah telah mengharamkannya selepas perang Khaibar. Oleh itu, baiklah nikah cara biasa, atau nikah siri

Sah Nikah Mut'ah Menurut Syiah Al-Imam 12

Golongan Syiah Al-Imam dua belas menganggap hukum nikah mut'ah sebagai sah dan mereka mengamalkannya sehingga hari ini. Di antara alasan yang mereka gunakan adalah seperti berikut:

Golongan syiah ini menganggap bahawa pengharaman nikah mut'ah telah dilakukan oleh Umar Al Khattab, sedangkan Rasulullah membenarkannya. Oleh itu, pengharaman ini tidak boleh diterima dan nikah mut'ah adalah sah.

Syarat Nikah Mut'ah menurut Syiah Al-Imam 12

Dalam akad nikah mut'ah menurut golongan ini, tempoh nikah dan mahar hendaklah ditetapkan. Selain itu, ada beberapa syarat lain, seperti berikut:

Pasangan perempuan

Pengakuan perempuan itu sendiri sudah memadai untuk menentukan status di atas.

Wali dan saksi

Saksi dan wali tidak diperlukan.

Mahar

Nilai mahar hendaklah sesuai dengan tempoh yang dipersetujui.

Tempoh Iddah

Nikah mut'ah boleh disambung tempohnya dengan persetujuan kedua pasangan, tanpa iddah. Kalau mereka mengambil keputusan untuk berpisah selepas tempoh yang dipersetujui, maka perempuan yang terlibat perlu melalui tempoh iddah selama 2 kali suci (atau 45 hari bagi perempuan yang sudah putus haid), sebelum boleh mut'ah dengan lelaki lain.

Jika hamil dalam Mut'ah

Anak yang lahir dalam mut'ah mempunyai hak yang sama dengan anak yang lahir dalam nikah biasa. Dia berhak mewarisi dari ibu-bapa mut'ahnya dan ayahnya adalah mahramnya dan bertanggungjawab terhadapnya sama seperti ayah dalam pernikahan biasa, walaupun selepas tamat tempoh mut'ah.

Pandangan Kumpulan Syiah lain

Kumpulan syiah yang lain seperti kumpulan Zaidi dan Ismaili menganggap nikah sementara sebagai haram, dan pandangan ini disokong oleh hadith sahih yang mutawatir. Di antara hadith yang mereka kemukakan untuk menyokong pandangan mereka ialah hadith berikut:

Haram Menurut Sunni

Golongan Ahlussunah Wal Jamaah (ASWJ) sependapat bahawa nikah mut'ah atau nikah kontrak adalah haram. Di antara alasan yang mereka gunakan adalah seperti berikut:

Kebenaran Mut'ah di zaman Rasulullah

Kalau dilihat kepada hadith sahih, ada beberapa kali kahwin kontrak dibenarkan, kemudian diharamkan. Setiap kali ia dibenarkan ialah dalam keadaan perang, dan pejuang Islam berada jauh dari isteri masing-masing. Tidak pernah kebenaran kahwin kontrak diberikan pada masa isteri mereka ada berhampiran atau waktu mereka berada di mukim mereka sendiri.

Ini menunjukkan bahawa kahwin kontrak di zaman Rasulullah bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan sesuka hati, tetapi terhad kepada masa-masa tertentu dan keadaan tertentu sahaja.

Kahwin Kontrak di kalangan Sunni

Walau pun golongan Sunni menolak nikah kontrak yang diamalkan oleh golongan Syiah Al-Imam dua belas, golongan Sunni sendiri mengamalkan nikah kontrak dalam bentuk yang berbeza, yang diberi nama nikah misyar.

Perbezaan paling ketara di antara kahwin kontrak yang diamalkan oleh golongan syiah dan nikah misyar yang diamalkan oleh golongan sunni adalah seperti berikut:

Kesimpulan

Rasanya tak ada siapa di antara kita yang mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup untuk menentukan mana satu yang betul diantara pendapat Syiah dan pendapat ASWJ tentang nikah sementara ini. Yang pasti, terdapat dua pendapat yang berbeza.

Dalam keadaan begini, langkah yang wajar kita ambil ialah memilih pendapat yang paling selamat untuk kita: Kalau kita melakukan nikah mut'ah, ada kemungkinan kita membuat keputusan yang salah yang boleh merugikan kita di akhirat nanti. Sebaliknya, kalau kita tidak melakukannya, tak ada bala yang akan menimpa kita.

Oleh itu, eloklah kita jangan melakukannya. Kalau nak nikah, nikah saja cara biasa dengan memenuhi semua syarat-syarat sah nikah. Kalau susah untuk nikah di Malaysia, mari bersama kami ke Thailand untuk nikah secara sah di Pejabat Agama di sana yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Tak perlu kahwin kontrak.

Nikah di Thailand (bukan kahwin kontrak)

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Pemilihan Tarikh ke Thailand

Kalau boleh, pilih mana-mana dua hari bekerja supaya boleh balik dengan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, selain sijil perkahwinan dan surat pengesahan dari MAIS. Kalau tak boleh, pergi sehari sahaja dulu, dan pergi semula kemudian nanti untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla.