Dapatkan maklumat lengkap!
Hubungi Kami: whatsapp 010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut
pemberhentian sementara program melawat Thailand

Syarat-Syarat Terbaharu dari Thailand

Thailand Pass akan ditutup untuk semua aplikasi Test and Go dan Sandbox baharu (kecuali Sandbox Phuket), bermula dari jam 00.00 pagi. pada 22 Disember 2021 sehingga diberitahu kelak.

Syarat baharu telah dikenakan untuk semua pemohon Pas Thailand, seperti berikut;

  1. Pemohon yang telah menerima Kod QR Pas Thailand boleh memasuki Thailand di bawah skim yang telah mereka daftarkan.
  2. Pemohon yang telah mendaftar, tetapi belum menerima Kod QR mereka mesti menunggu Pas Thailand mereka untuk dipertimbangkan / diluluskan. Setelah diluluskan, mereka boleh memasuki Thailand di bawah skim yang telah mereka daftarkan.
  3. Pemohon baru tidak akan dapat mendaftar untuk Test &, Go dan Sandbox (kecuali Sandbox Phuket). Pas Thailand hanya akan menerima pemohon baharu yang ingin memasuki Thailand di bawah Kuarantin Alternatif (AQ) atau Sandbox Phuket sahaja.
  4. Penumpang yang akan tiba di Thailand di bawah Program Test &, Go dan Sandbox mesti menjalani ujian COVID-19 ke-2 mereka menggunakan teknik RT-PCR (bukan ujian kendiri ATK) di kemudahan yang ditetapkan kerajaan (tiada kos tambahan).

Sementara sempadan masih tutup, cara pergi ke Thailand adalah melalui penerbangan ke Phuket, kuarantin seminggu di sana, kemudian pergi ke Hat Yai, dengan syarat-syarat seperti di bawah.

AMARAN: Memasuki Thailand tanpa dokumen perjalanan yang sah (seperti seludup masuk ke Thailand melalui Sungai Golok di Kelantan) merupakan satu kesalahan di bawah Akta Imigresen Thailand (1972). Pesalah boleh dipenjara sehingga 2 tahun atau denda Baht 20,000. Konsulat Malaysia di Songkhla tidak akan mengeluarkan sebarang perakuan pernikahan, sampai bila-bila, bagi pasangan yang masuk ke Thailand tanpa menggunakan dokumen perjalanan yang sah, sewaktu sempadan masih tutup.

Sandbox Program

Syarat-syarat

Ringkasan Perjalanan ke Hat Yai

Ambil penerbangan ke Phuket setelah membuat semua persediaan seperti di atas

Apabila tiba di Phuket, setiap penumpang akan dikenakan ujian Covid-19. Pergi ke hotel yang telah ditempah sementara menunggu hasil ujian Covid-19. Kemudian, kuarantin di sana selama 7 hari. Ujian kedua Covid akan dilakukan pada hari ke-5.

Setelah cukup seminggu dengan hasil ujian didapati negatif, ambil penerbangan ke Hat Yai dan bermalam di mana-mana hotel di sana. Pagi esoknya, kami akan jemput dari hotel itu untuk urusan di Pejabat Agama atau Konsulat Malaysia.

Senarai Negara Yang Layak

Australia, Austria, Bahrain, Belgium, Bhutan, Brunei, Bulgaria, Cambodia, Canada, Chile, China, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hong Kong, Hungary, Iceland, India, Indonesia, Ireland, Israel, Italy, Japan, Kuwait, Laos, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Maldives, Malta, Mongolia, Myanmar, Nepal, Netherlands, New Zealand, Norway, Oman, Philippines, Poland, Portugal, Qatar, Republic of Korea, Romania, Saudi Arabia, Singapore, Slovakia, Slovenia, Spain, Sri Lanka, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, United Arab Emirates, United Kingdom, United States of America, Vietnam

Kalau negara yang dicari tiada dalam senarai, bertanya kepada Kedutaan Thailand.

Pakej Nikah di Thailand Waktu Covid-19

Perjalanan bermula dari mana-mana hotel di Hat Yai, pukul 7 pagi waktu Thailand. Dari sana, kami bawa ke Majlis Agama Islam Songkhla untuk nikah. Kemudian, kami bawa ke Konsulat Malaysia untuk serahkan dokumen untuk pengesahan. Selepas itu, kami hantar semula ke hotel di Hat Yai.

Pada tengahari hari kedua, kami bawa semula ke Konsulat untuk ambil semua dokumen yang telah disahkan oleh Konsulat. Selepas itu, kamu hantar semula ke hotel atau ke lapangan terbang Hat Yai, bagi mereka yang terus balik melalui Bangkok.