Dapatkan maklumat lengkap!
Hubungi Kami: whatsapp
010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut

MENGAPA PILIH KAMI UNTUK KAHWIN LARI DI THAILAND

HUKUM KAHWIN LARI

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.

CARA KAHWIN LARI DI THAILAND BERSAMA KAMI

Berikut adalah perjalanan biasa untuk kahwin di Thailand untuk balik dengan dokumen lengkap. Urusan dua hari bekerja. Hubungi kami untuk pilihan pilihan pakej yang lain.

MEMILIH TARIKH KAHWIN LARI DI THAILAND

Dua hari bekerja diperlukan di Thailand untuk balik dengan dokumen lengkap. Kalau perlu balik hari, kami ada pakej lain. Hubungi 010-365 8513.

Ambil kira perkara berikut dalam memilih tarikh untuk nikah di Thailand.

Elakkan hari cuti Konsulat: hari-hari cuti konsulat Malaysia di Songkhla

APA YANG PERLU DIBAWA KE THAILAND

PERJALANAN NIKAH DAN KONSULAT DI THAILAND

Pejabat Agama Songkhla mengamalkan dasar "siapa dulu sampai, dia dulu nikah". Konsulat Malaysia pula menetapkan bahawa penyerahan dokumen cuma boleh dibuat sebelum pukul 11:45 pagi. Maksudnya, kalau sampai lambat dan dapat giliran nikah lambat, ada kemungkinan tak sempat nak serahkan dokumen kepada Konsulat sebelum pukul 11:45 pagi.

Apabila nombor giliran dipanggil, bayaran kepada Pejabat Agama perlu dibuat, kemudian masuk ke bilik nikah. Pengantin lelaki harus bersedia dengan maskahwin yang sesuai sebab jurunikah anak meminta pengantin lelaki meletakkan maskahwwin di atas meja sebelum akad nikah. Kad pengenalan, pasport, surat cerai dan sebagainya akan diambil untuk dibuat salinan pada masa sesi akad nikah.

Setelah selesai urusan akad nikah, tunggu di ruang luar untuk dapatkan semua dokumen nikah dan dokumen lain yang telah diambil waktu sesi akad nikah. Semak semua dokumen nikah dan pastikan tak ada kesilapan.

KONSULAT MALAYSIA

Seterusnya, pasangan akan dibawa ke Konsulat Malaysia untukmenyerahkan dokumen nikah. Ada borang yang perlu diisi di sana sebelum serahan dokumen. Sijil nikah dan cerai dari Thailand perlu disahkan oleh Konsulat Malaysia dulu sebelum diiktiraf di Malaysia.

Sijil nikah dari Thailand yang tak ada pengesahan Konsulat tak boleh digunakan kalau disoal oleh pencegah maksiat atau untuk pendaftaran nikah di Malaysia. Sama macam tak ada sijil nikah.

Pengambilan dokumen dari Konsulat akan dibuat pada atau selepas pukul 2pm esoknya. Setelah dapat semula semua dokumen serta surat pengesahan Konsulat, boleh balik ke Malaysia. Urusan kahwin lari dah selesai.

PENDAFTARAN KAHWIN LARI DI MALAYSIA

Pendaftaran di Malaysia perlu dibuat di pejabat agama tempat mastautin.

Proses biasa untuk pendaftaran di Malaysia bermula dengan menyediakan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan (pejabat agama di tempat mendaftar akan sediakan senarai dokumen yang diperlukan). Kemudian, pergi ke mahkamah syariah untuk perbicaraan pengesahan nikah. Sebulan kemudian, mahkamah akan keluarkan surat perintah. Ambil surat itu dan bawa ke pejabat agama.

Bergantung kepada negeri, samada terus dapat surat pengesahan nikah Malaysia (proses denda dijalankan kemudian) atau pejabat agama akan bawa kes "nikah diluar mukim tanpa kebenaran", "poligami tanpa kebenaran mahkamah" (kalau poligami) dan "daftar lambat" (kalau daftar selepas 6 bulan). Bergantung kepada negeri, denda maksima untuk setiap kesalahan adalah RM500, RM1000 atau RM2000 .

Pendaftaran di Perlis yang paling mudah, tapi perlu ada alamat Perlis. Hubungi kami kalau perlukan bantuan untuk daftar di Perlis. Insya Allah kami boleh bantu pasangan Malaysia untuk mendaftar di Perlis, walaupun belum ada alamat Perlis.

Untuk pendaftaran selain di Perlis, kalau perlukan bantuan dalam mahkamah, lantik peguam syarie. Cuma peguam syarie saja yang boleh bantu dalam mahkamah syariah. Hubungi kami kalau perlukan bantuan.

Jauhi agen nikah Siam yang meminta wang pendahuluan.

Pastikan agen membawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla selepas nikah di Thailand dan mendapat surat nikah. Surat nikah Siam tak diiktiraf di Malaysia kalau tak ada cop pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla.

Borang Pertanyaan/Maklumbalas

Hubungi kami melalui borang berikut atau hantar whatsapp kepada +60103658513 (Ridzwan)

Ruang Bertanda * Perlu Diisi

Nyatakan keadaan yang dihadapi dan samada mahukan balasan dari kami melalui emel atau whatsapp