Dapatkan maklumat lengkap!
Hubungi Kami: whatsapp 010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut

Apa kata pasangan yang dah nikah di Thailand bersama kami


Soalan Lazim

  1. Latar belakang Agen

    Kami adalah agen kahwin di Thailand, dengan gabungan 2 individu yang mengutamakan etika dan profesionalisma dalam semua urusan. Kami mempunyai agihan kerja yang jelas dan lengkap, dan kami tidak menggunakan khidmat mana-mana agen lain pada bila-bila masa. Kami membawa sendiri pasangan ke Thailand untuk nikah di sana sehingga mendapat semua dokumen, termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

  2. Adakah sah Kahwin di Thailand ?

    Sah, menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Keputusan muzakarah adalah seperti berikut:

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

    1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah
    2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah
    3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
    4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
  3. Kalau wali tak izinkan?

    Wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya jika pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak. Kalau wali enggan sedangkan pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak, maka wali hakim boleh menikahkan.

    Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi'e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang menikahkannya. Rasulullah saw bersabda: Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

  4. Usia paling muda boleh nikah di Thailand?

    Perempuan: 16 tahun
    Lelaki: 17 tahun

  5. Tempat nikah?

    Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIS) di Hat Yai atau lain-lain Pejabat Agama di Selatan Thailand yang diiktiraf oleh JAKIM.

  6. Macam mana nak buktikan ini bukan sindiket nikah palsu?

    Kami mempunyai pejabat tetap di Subang Jaya, beralamat 79A, Jalan SS15/5A, 47500 Subang Jaya. Sindiket nikah palsu tak akan berani memberikan alamat mereka. Kami juga membawa pasangan ke Konsulat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan nikah. Konsulat cuma mengeluarkan surat pengesahan bagi pernikahan yang berlangsung di tempat yang diiktiraf oleh JAKIM, oleh jurunikah yang bertauliah.

  7. Kalau baru bercerai, macam mana mengira tempoh iddah?

    Bercerai masa suci: Suci 1 → haid → suci 2 → haid → suci 3 → haid → boleh nikah

    Bercerai masa haid: haid → Suci 1 → haid → suci 2 → haid → suci 3 → haid → boleh nikah

    Tapi, Majlis Agama Islam di Songkhla menggunakan 3 bulan 10 hari sebagai tempoh iddah kalau bercerai hidup, bukan kiraan di atas.

  8. Bila boleh kahwin di Thailand?

    Bila-bila pun boleh. Bagi kami notis dalam sehari pun dah cukup. Tapi, Konsulat Malaysia tutup pada hari Sabtu dan Ahad, dan pada hari Cuti Am. Lihat Senarai Cuti Konsulat

  9. Masa yang diperlukan?

    Surat nikah boleh didapati tak lama selepas nikah. Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia akan didapati pada petang hari berikutnya.

  10. Dokumen yang perlu dibawa?

    Kad pengenalan dan pasport. Penduduk sempadan (Perlis, Kedah, Utara Perak dan Kelantan) boleh menggunakan pas sempadan kalau tak ada pasport. Untuk senarai dokumen lain, Lihat disini

    Jabatan Imigresen boleh mengeluarkan pasport pada hari yang sama. Tetapi bagi pemegang kad pengenalan Sabah atau Sarawak yang memohon pasport di Semenanjung Malaysia, masa untuk mendapatkan pasport ialah lebih kurang seminggu.

  11. Harga untuk khidmat ini?

    Dari RM2,000 sepasang untuk nikah (1 hari). Hubungi kami untuk harga yang tepat.