Dapatkan maklumat lengkap!
Hubungi Kami: whatsapp
010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut

NIKAH DI THAILAND

Cara Nikah di Thailand

Majlis Agama Islam Songkhla adalah lokasi nikah popular di Thailand bagi rakyat Malaysia disebabkan hampir dengan Konsulat Malaysia dan merupakan wilayah yang selamat dari kacau bilau. Nikah di sini menjaminkan pernikahan yang sah di sisi Islam dan diiktiraf di Malaysia. Mereka menyediakan wali hakim yang diiktiraf di Malaysia serta saksi nikah dari kalangan naib kadi mereka. Pernikahan dilangsungkan oleh jurunikah bertauliah.

Perjalanan nikah di Thailand

Hari Pertama

Hari Kedua

Bebas

Kalau nak melancong ke Hatyai dan Songkhla, kami boleh uruskan.

Hari Ketiga

Hubungi Kami: whatsapp 010-365 8513

Harga pakej nikah di Thailand

Kami menawarkan pilihan harga yang rendah untuk pakej seperti berikut:

Kami juga memberi pilihan untuk berkongsi perjalanan dengan pasangan lain atau tidak berkongsi perjalanan dengan pasangan lain

Mengapa pilih kami untuk nikah di Thailand

Memilih tarikh nikah di Siam

Tiga hari bekerja diperlukan di Siam untuk balik dengan dokumen lengkap.

Ambil kira perkara berikut dalam memilih tarikh untuk nikah di Thailand.

Apa yang perlu dibawa ke Thailand

Urusan berkaitan akad nikah

  1. Wali nikah: Perempuan yang nikah di Thailand boleh membawa wali mereka ke sana atau menggunakan wali hakim yang dilantik oleh Pejabat Agama tempat nikah di Thailand. Kalau wali nasab berada pada jarak kurang dari 2 marhalah dari tempat nikah, dia perlu hadir sama. Kalau dia tak boleh hadir, kami akan bawa nikah di Pejabat Agama lain untuk cukupkan jarak
  2. Saksi Nikah: Pejabat Agama tempat nikah akan menyediakan dua orang saksi nikah dari kalangan naib kadi mereka dan nama saksi-saksi ini akan tercatat dalam surat nikah. Pada masa yang sama, pasangan yang nikah di Thailand boleh membawa saksi nikah mereka sendiri, contohnya untuk menjadi saksi dalam perbicaraan pengesahan nikah di mahkamah syariah di Malaysia di waktu mendaftar nikah nanti.
  3. Mahar: Setiap pasangan boleh menentukan mahar atau maskahwin masing-masing. Mahar boleh dibawa ke Thailand dalam bentuk barang (contohnya cincin atau rantai leher atau gelang tangan atau lain-lain objek bernilai) atau wang tunai. Mahar mesti dibawa bersama dan diserahkan kepada pengantin perempuan sebaik selepas selesai akad nikah.
  4. Lafaz Taklik: Selepas akad nikah, suami akan melafaz dan mempersetujui syarat taklik. Syarat taklik memberi hak kepada isteri untuk menuntut cerai dalam keadaan tertentu, contohnya suami tak balik dan tak bagi nafkah bagi tempoh 4 bulan atau lebih
  5. Khutbah nikah: Selepas akad nikah dan lafaz taklik, pasangan akan diberikan khutbah nikah serta didoakan agar pernikahan itu aman dan berpanjangan
  6. Pakaian di Pejabat Agama: Pakailah pakaian yang menutup aurat sewaktu berada dalam Pejabat Agama
  7. Hantaran kahwin: Hantaran bukan di antara syarat sah nikah dan tak diperlukan sama sekali untuk nikah di Thailand.
  8. Walimah: Elok diadakan majlis kenduri kahwin selepas nikah, sesuai dengan hadith Rasulullah yang menyatakan "Buatlah jamuan kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing" (Hadith Bukhari).

Syarat nikah di Thailand

Pasangan yang ingin nikah di Thailand perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

Konsulat Malaysia

Konsulat Malaysia di Songkhla adalah Kedutaan Kecil Malaysia. Sijil nikah dan cerai dari Thailand perlu disahkan oleh Konsulat Malaysia dulu sebelum diiktiraf di Malaysia.

Sijil nikah dari Thailand yang tak ada pengesahan Konsulat tak boleh digunakan kalau disoal oleh pencegah maksiat atau untuk pendaftaran nikah di Malaysia. Sama macam tak ada sijil nikah.

Pendaftarn nikah Thailand di Malaysia

Pendaftaran nikah luar negara di Malaysia akan memerlukan pasangan yang nikah menghadiri perbicaraan di mahkamah syariah Malaysia untuk pengesahan nikah di Malaysia, kecuali pendaftaran di Perlis.

Kalau perlukan bantuan dalam prosedur pendaftaran di tempat mastautin, atau perlukan maklumat dan nasihat, atau berhajat untuk daftar di Perlis, kami boleh bantu.

Kalau perlukan bantuan dalam mahkamah, lantik peguam syarie. Cuma peguam syarie saja yang boleh bantu dalam mahkamah syariah.

Hukum nikah di Thailand

Fatwa berikut boleh dianggap sebagai hukum nikah di Thailand:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.

Tempat nikah di Thailand yang diiktiraf oleh Malaysia

Berikut adalah senarai Majlis Agama Islam di Selatan Thailand di mana rakyat Malaysia boleh nikah dan surat nikahnya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Upacara nikah yang berlangsung di Wilayah lain di Selatan Thailand seperti nikah di Phatthalung,Trang atau Krabi tidak diiktiraf di Malaysia dan Konsulat Malaysia di Songkhla tak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah bagi pasangan yang nikah di tempat selain lima Wilayah tersenarai di atas.

PAKEJ NIKAH DI THAILAND
(PAKEJ LENGKAP 3 HARI)

SIJIL NIKAH THAILAND
  1. Dapat Dokumen Lengkap

    * Surat Pengesahan Nikah (Konsulat Malaysia di Songkhla)

    * Sijil Nikah Thailanddengan cop Konsulat (Pejabat Agama)

    * Surat Pengesahan Nikah dengan cop Konsulat (Pejabat Agama)

    * Gambar bersama Jurunikah dan Saksi dengan cop Konsulat (Pejabat Agama)

    * Surat tauliah Jurunikah dengan cop Konsulat (Pejabat Agama)

    * Salinan pasport dan IC berdua dengan cop Konsulat (Pejabat Agama akan buat salinan)

    * Resit Bayaran (Konsulat)

    * Video Akad Nikah (bawa kamera/fon sendiri)

    CATATAN: Tiada Konsulat (Kedutaan) Malaysia di Yala, Narathiwat, Satun atau Pattani, cuma ada di Songkhla.

  2. Semua pengangkutan yang diperlukan di Songkhla (berkaitan nikah di Thailand) pada hari pertama dan ketiga

  3. Bayaran kepada Majlis Agama Islam Songkhla

  4. Bayaran kepada Saksi dan Jurunikah

  5. Bayaran kepada Konsulat Malaysia

  6. Sewa hotel satu bilik, satu malam sementara menunggu dokumen dari Konsulat Malaysia

  7. Khidmat mengambil gambar dan video di Majlis Agama Islam Songkhla

  8. Mengganti mana-mana dokumen nikah di Thailand dengan percuma, kalau ada kesilapan dalam dokumen tersebut, walaupun disedari setelah balik ke Malaysia

  9. Makan tengahari untuk berdua (hari nikah sahaja)

  10. Bersiar-siar di Songkhla (kalau masa mengizinkan)

  11. Khidmat nasihat untuk pendaftaran nikah di Malaysia, sepanjang proses pendaftaran nikah berlangsung
LAIN2 KOS DI THAILAND

Selain harga pakej, cuma bawa maskahwin untuk isteri dan belanja sendiri di sana. Itu saja. Tiada kos tersembunyi.

TELEFON/WHATSAPP 010-365 8513 SEKARANG!


PENGESAHAN KONSULAT
PASTIKAN SURAT NIKAH ADA COP KONSULAT

pengesahan Konsulat pada surat Nikah dari Thailand

Sijil nikah dari Thailand tidak diiktiraf di Malaysia kalau tak ada cop Konsulat.



KHIDMAT KAMI
(Segala urusan di Thailand akan ditemani dan dibantu)

Menguruskan nikah, cerai dan mendapatkan surat pengesahan Konsulat.

Menguruskan nikah rahsia di Thailand (supaya tidak bertemu pasangan lain di sana).

Memberikan khidmat nasihat percuma untuk pendaftaran nikah di Malaysia.

Menyediakan khidmat guaman untuk pendaftaran di seluruh Malaysia.

Membantu menyelesaikan apa saja masalah berkaitan nikah/cerai di Thailand.

TELEFON 010-365 8513 SEKARANG!


TESTIMONI NIKAH DI THAILAND
Kami sering menerima testimoni dari pelanggan,
seperti contoh berikut:

testimoni pertama nikah di Thailand bersama kami

testimoni kedua nikah di Thailand bersama kami

testimoni ketiga nikah di Thailand bersama kami

testimoni keempat nikah di Thailand bersama kami

Jauhi agen nikah Siam yang tak memaparkan gambar atau meminta wang pendahuluan.

Pastikan agen membawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla selepas nikah di Thailand dan mendapat surat nikah. Surat nikah Siam tak diiktiraf di Malaysia kalau tak ada cop pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla.

Laman web lama kami ada di sini

Cara Nikah di Thailand Murah

Ringkasan Pakej

Khidmat yang Lengkap, Lancar, Mudah, Murah

Kami adalah agen nikah di Thailand yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Songkhla dan di antara yang paling lama menyediakan khidmat nikah di Thailand dengan murah. Sama ada nikah poligami, wali enggan, nikah gantung, nikah siri (kahwin senyap) atau apa saja, insya Allah kami boleh uruskan dengaan mudah.

Kami cuma membawa pasangan untuk nikah di Pejabat Agama yang diiktiraf oleh JAKIM di Selatan Thailand. Kami terdiri dari dua individu, Ridzwan, seorang rakyat Malaysia dan Saleh, seorang rakyat Thailand.

Kami menyediakan khidmat nikah di Thailand yang paling lengkap, dengan mengambil berat bukan sahaja proses nikah dan perjalanan yang lancar di Thailand, tetapi juga khidmat nasihat dan bantuan yang selalu diperlukan oleh pasangan setelah balik ke Malaysia dan memulakan proses pendaftaran nikah di Malaysia.

Untuk tujuan ini, kami lakukan khidmat ini berdua dan kami membuka pejabat sendiri di Subang Jaya. Ridzwan tidak pergi bersama untuk membawa pasangan nikah di Thailand, supaya dia dapat memberikan masa sepenuhnya, siang atau malam, kepada sesiapa yang inginkan maklumat, nasihat atau bantuan berkaitan nikah, cerai atau pendaftaran di Malaysia setelah nikah di Thailand.

Agen yang membawa sendiri pasangan ke Thailand tidak mempunyai masa untuk membantu pada tahap yang sama, sebab mereka sering berada di Thailand atau dalam perjalanan antara Thailand dan Malaysia.

Saleh ialah rakyat Thailand yang bermastautin di Songkhla. Dialah yang menguruskan pernikahan di Thailand sehingga mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

Oleh kerana dia adalah orang tempatan di sana, yang faham bahasa Thai dan adat orang Melayu Thai, urusan nikah menjadi lebih mudah. Apa-apa masalah yang timbul dalam perjalanan atau di Majlis Agama Islam di Thailand, atau Konsulat Malaysia di Songkhla, dapat diselesaikan dengan mudah sebab dia adalah orang tempatan.

Prosedur Nikah di Thailand Lengkap (Klik gambar)

bergambar di tempat perkahwinan
merakamkan akad nikah
terima surat nikah selepas perkahwinan
surat pengesahan nikah dari MAIS, Thailand
surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla
.

 

salleh akan menguruskan perjalanan di Thailand

 

Perjalanan

Pasangan yang nikah di Thailand bersama kami akan kami bawa terlebih dahulu samada ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) di Klong Hae, yang terletak diantara bandar Hat Yai dan bandar Songkhla, atau Majlis Agama Islam Yala di Sateng (bukan di Betong) jika tak cukup jarak untuk nikah di Songkhla. Kami sediakan pengangkutan di Zon Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam atau lapangan terbang Hat Yai.

perjalanan untuk nikah di Thailand bermula dari Oscar Palace Hotel di DanokJumpa kami di Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam

Perkahwinan, samada nikah biasa, kahwin lari, nikah siri atau nikah gantung, akan berlangsung di MAIS atau MAIY sejurus selepas tiba di sana.

pejabat Majlis Agama Islam Songkhla tempat akad nikahMajlis Agama Islam Songkhla

Dalam tempoh tak lebih 2 jam selepas perkahwinan, MAIS atau MAIY akan menyerahkan surat nikah dan surat pengesahan nikah kepada pasangan. Surat pengesahan nikah ini ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla.

Berikutan itu, kami akan bawa pasangan ke Konsulat Malaysia di bandar Songkhla untuk menyerahkan surat pengesahan nikah dari MAIS tadi, dan untuk memohon surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia. Urusan ini perlu dilakukan sebelum pukul 12 tengah hari.

memohon surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia Menunggu giliran di Konsulat Malaysia, Songkhla

Selesai urusan di Konsulat, kami akan bawa pasangan untuk makan tengah hari di sebuah restoran Islam di tepi pantai Songkhla.

jamuan makan menggantikan kenduri kahwin Makan tengah hari di Songkhla

Selepas makan, pasangan ada pilihan untuk pergi membeli belah di Hat Yai (pusat membeli-belah untuk Wilayah Songkhla ialah di Hat Yai), atau bersiar-siar di sekitar Hat Yai dan Songkhla, atau terus pergi ke hotel.

kami sediakan penginapan di Hat Yai atau Danok Selepas nikah, bermalam di hotel yang selesa

Sekiranya ingin membeli-belah atau bersiar-siar, kami akan bawa dengan kereta yang kami sediakan, tanpa apa-apa caj tambahan.

Hat Yai dan Songkhla adalah tempat pelancongan bagi penduduk Thailand dan Malaysia. Banyak yang boleh dilihat di sana. Sebagai contoh, Songkhla mempunyai pantai yang cantik, jambatan konkrit terpanjang di Thailand, zoo yang terbesar di Selatan Siam dan perusahaan kain tenunan tangan yang terkenal. Untuk mereka yang meminati sejarah, muzeum Songkhla mengandungi bahan-bahan sejarah sejak abad ke-7 dulu lagi - zaman pemerintahan Srivijaya. pemandangan di pantai Songkhla Pantai Songkhla: sesuai untuk pasangan berbulan madu

pasar terapung di Khlonghae antara Hat Yai dan Songkhla Pasar terapung Khlonghae dibuka Jumaat - Ahad

Keesokan harinya, kami akan datang ke hotel untuk menjemput pasangan, untuk makan tengah hari dan pergi mengambil surat pengesahan dari Konsulat Malaysia. Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia ini adalah penting untuk pendaftaran di Malaysia nanti.

cop Konsulat pada surat nikah Thailand Cop Konsulat Malaysia pada surat nikah

Dari Konsulat, kami akan bawa balik ke Bukit Kayu Hitam (atau hotel, bagi mereka yang memilih untuk melanjutkan tempoh berada di Songkhla).

Dokumen untuk Perkahwinan di Thailand

  1. Kad Pengenalan
  2. Pasport atau Pas Sempadan

    Pasport hendaklah mempunyai baki tempoh sah tak kurang dari 6 bulan dari tarikh memasuki Siam. Bagi mereka yang tidak mempunyai pasport, harga membuat pasport baru ialah RM200. Pasport sah untuk tempoh 5 tahun.

    Pas sempadan hanya boleh dipohon oleh penduduk bagi tiga daerah paling Utara di Perak (bersempadan dengan Yala, Kedah dan Penang), selain Perlis, Kedah dan Kelantan. Penduduk negeri-negri lain perlukan pasport antarabangsa.

    Mereka yang dikenakan sekatan perjalanan (disebabkan muflis, sekatan PTPTN atau lain-lain) tidak dibenarkan untuk membuat pasport atau pas sempadan. Semak status sekatan perjalanan di sini.

  3. Bagi janda:

    Bawa surat kematian suami atau surat cerai yang asal.

    Kalau baru bercerai dan belum menerima surat cerai, tunggu sehingga dapat surat cerai sebelum perkahwinan di Thailand. Surat pengesahan dari Konsulat tidak akan dikeluarkan tanpa surat cerai/kematian suami yang asal.

    Pastikan juga tempoh iddah sudah tamat. MAIS menggunakan tempoh 3 bulan 10 hari untuk iddah bagi perempuan yang bercerai, bukan 3 kali suci. Tunggu tempoh yang lebih panjang diantara dua itu.

  4. Bagi polis atau tentera:

    Sebaik-baiknya dapatkan kebenaran bertulis dari jabatan masing-masing dulu. Konsulat Malaysia tidak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah bagi anggota Polis atau Tentera yang tidak mempunyai surat kebenaran dari Ketua Jabatan masing-masing.

    Bagi bekas Polis atau Tentera, sila bawa surat pelepasan (persaraan) masing-masing.

  5. Bagi warga negara asing (bukan dari ASEAN):

    Semak dari Kedutaan Siam, samada di Malaysia atau di negara asal mereka, apa yang diperlukan untuk mendapatkan visa dari Kedutaan Siam sebelum memasuki Siam. Kegagalan berbuat demikian memungkinkan mereka tidak dibenarkan memasuki Siam.

    Harus diketahui bahawa bukan semua warga asing boleh memohon visa Thai dari Kedutaan Thai di Malaysia. Ada yang perlu balik ke negara masing-masing untuk memohon visa.

    Telefon Kedutaan Thailand di Jalan Ampang untuk mengetahui prosedur memohon visa bagi warga asing.

Pendaftaran di Malaysia

Setelah pulang ke Malaysia, nikah itu perlu didaftarkan di Malaysia melalui Pejabat Agam di tempat mastautin. Kami boleh bantu untuk daftar di Perlis selepas nikah di Thailand, termasuk mendapatkan alamat mastautin di Perlis. Urusan pendaftaran nikah yang mudah dan cepat. Tak perlu masuk mahkamah.

Nikah yang tak berdaftar di Malaysia boleh menimbulkan masalah di masa hadapan, termasuk dalam agihan harta pusaka, tuntutan cerai dan sebagainya. Anak nak masuk sekolah dan nak buat kad pengenalan pun akan bermasalah.

  1. Kalau daftar di negeri lain, kami boleh memberikan khidmat nasihat dan bantuan kepada pasangan yang kami bawa untuk nikah di Thailand. Khidmat nasihat ini mungkin berguna dalam proses pendaftaran nikah di Malaysia nanti. Selain khidmat nasihat, kami boleh bantu dalam kes di mana didapati ada kesilapan dalam dokumen dari Thailand setelah pulang ke Malaysia, atau dalam sesetengah kes di mana hakim mahkamah syariah meminta dokumen tambahan dari Thailand.

    Pasangan yang nikah di Thailand tanpa agen perlu pergi semula ke Thailand dalam kes begini.

  2. Pendaftaran di Malaysia setelah nikah di Thailand perlu dilakukan di tempat mastautin.
  3. Setiap pasangan diwajibkan menghadiri perbicaraan pengesahan nikah di Mahkamah Syariah, kecuali pendaftaran di Perlis.
  4. Denda boleh dikenakan oleh mahkamah, bergantung kepada kesalahan, termasuk
    1. nikah di luar kawasan tanpa kebenaran
    2. poligami tanpa kebenaran dan
    3. daftar lambat (Kecuali pendaftaran di Perlis)
  5. Pendaftaran di Perlis sangat mudah dan selesai dalam masa sebulan.

Borang Pertanyaan/Maklumbalas

Hubungi kami melalui borang berikut atau hantar whatsapp kepada +60103658513 (Ridzwan)

Ruang Bertanda * Perlu Diisi

Nyatakan keadaan yang dihadapi dan samada mahukan balasan dari kami melalui emel atau whatsapp


Dasar Privasi

Maklumat yang kami minta di atas semata-mata untuk membolehkan kami membantu pasangan yang ingin nikah di Thailand dan tidak akan kami kongsikan dengan sesiapa pun