Hubungi Kami Tel: 017-328 5129 atau whatsapp 010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut
 

Pendaftaran Nikah di Malaysia

Setelah balik ke Malaysia dengan dokumen lengkap (termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla), pergi ke Pejabat Agama Islam berhampiran dan mohon borang pendaftaran nikah luar negara.

Biasanya, pegawai yang memberikan borang itu akan menjelaskan apa yang harus dilakukan, termasuk salinan dokumen yang perlu dikepilkan bersama borang permohonan itu.

Diantara dokumen yang perlu ialah surat nikah, surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam di Siam, gambar bersdama jurunikah dan saksi, surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla, keputusan ujian HIV, sijil pra-perkahwinan (bagi pernikahan kali pertama), salinan surat nikah/cerai terdahulu (jika ada) dan beberapa dokumen lain.

Pendaftar nikah akan semak semua dokumen itu, dan kes akan dibawa ke mahkamah syariah untuk perbicaraan pengesahan nikah. Setelah selesai proses mahkamah dan selepas dibayar apa-apa denda yang dikenakan, pernikahan itu akan didaftarkan.

AMARAN!!

Tidak ada cara untuk mengelak dari perbicaraan di mahkamah dalam proses pendaftaran nikah luar negara. Jangan percaya kalau ada agen yang menawarkan khidmat pendaftaran tanpa perlu ke mahkamah. Mereka adalah sindiket yang diharamkan. Mereka akan memberikan dokumen palsu!

Jadikan pengalaman Awie (penyanyi/pelakon) sebagai amaran untuk tidak terlibat dengan sindiket ini!!

Contoh Proses Pendaftaran (JAWI)


proses pendaftaran nikah di Kuala Lumpur