Hubungi Kami Tel: 017-328 5129 atau whatsapp 010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut
 
nikah khitbah atau nikah gantung adalah perkahwinan yang sah

Nikah Gantung Mengurangkan Kelahiran Anak Tak Sah Taraf

Menurut perangkaan dari Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, bagi tahun 2000 sehingga Julai 2008 seramai 257,411 orang anak tak sah taraf telah didaftarkan di Malaysia. Ini bermakna bahawa seorang anak tak sah taraf telah lahir setiap 17½ minit.

Bilangan anak tidak sah taraf bagi tahun 2008 sehingga 2010 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia ialah seramai 152,182 orang.

Angka ini bersamaan dengan seorang anak tak sah taraf dilahirkan setiap 10 minit 15 saat.

Masalah semakin berat!

Angka baru ini mencerminkan masalah zina yang sedang berlaku dalam negara kita: kalau 152,000 anak tak sah taraf didaftarkan dalam tempoh 3 tahun, bermakna lebih 300,000 individu telah terlibat dengan zina. Entah berapa ramai pula yang tidak melaporkan kelahiran anak, atau menggugurkan kandungan, atau menggunakan kaedah mencegah kehamilan dalam tempoh yang sama.

Nikah gantung boleh mengurangkan kadar kelahiran anak tak sah taraf!

 

 

Nikah Gantung atau Nikah Khitbah

Ada banyak hadith sahih yang melaporkan bahawa setelah Rasulullah berkahwin dengan Aisyah, mereka tidak terus tinggal serumah. Hadith sahih melaporkan bahawa Rasulullah dan Aisyah hanya bersama setelah tiga tahun berkahwin.

Ini adalah bukti bahawa nikah gantung (atau nikah khitbah) adalah sunnah dan harus diikuti bagi pasangan yang belum bersedia untuk tinggal bersama. Nikah khitbah lebih baik dari bertunang sebab bertunang tidak menghalalkan hubungan! Sebaliknya, pasangan yang sudah nikah khitbah adalah pasangan suami-isteri yang sah!

Setelah nikah gantung, pasangan boleh bersama kemana sahaja. Tidak timbul soal zina atau kelahiran anak tak sah taraf. Tapi, kalau masih belajar atau masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang ayah dan ibu, cubalah mengawal nafsu, sehingga masa yang lebih sesuai.

Cara begini lebih baik dari "berkapel" dan akhirnya terlibat dengan zina.

Sekiranya menghadapi masalah untuk nikah khitbah di Malaysia, kami boleh uruskan di Thailand.

 

Apa yang Perlu Dibawa ke Thailand

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • Kad pengenalan
  • Pasport atau Pas Sempadan
  • Bagi janda, bawa surat cerai atau surat kematian suami yang asal
  • Bawa juga videocam (kamera atau fon) untuk merakamkan ijab kabul.

Pemilihan Tarikh ke Thailand

Kalau boleh, pilih mana-mana dua hari bekerja supaya boleh balik dengan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, selain sijil perkahwinan dan surat pengesahan dari MAIS. Kalau tak boleh, pergi sehari sahajak dulu, dan pergi semula kemudian nanti untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla.

 
  Web Design & SEO by ACDRA