Hubungi Kami Tel: 017-328 5129 atau whatsapp 010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut

Perbincangan MAIS - Konsulat - JAKIM

Dari masa ke masa, JAKIM, melalui Konsulat Malaysia di Songkhla, mengadakan mesyuarat dengan Majlis Agama Islam yang diiktiraf di Selatan Thailand, untuk memperkemaskan lagi prosedur dan peraturan nikah di Thailand, khususnya di lima Majlis Agama Islam yang Malaysia iktiraf itu.

Hasil perbincangan terakhir dalam tahun 2016, Majlis Agama Islam Songkhla telah mengeluarkan maklumat am yang terdapat di sini. Semua pasangan Malaysia yang nikah di Thailand perlu mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam halaman ini.

Peraturan baru ini berkuat-kuasa mulai 1 September, 2016.

1. Nikah dengan Rakyat Thailand

Rakyat Malaysia, yang nikah dengan rakyat Thailand yang tiada surat akuan dari mahkamah, hanya dibenarkan berkahwin di Pejabat Agama Islam Wilayah sahaja. Perkahwinan di tempat lain tidak akan diiktiraf.

2. Bergambar dengan jurunikah

Untuk menyelesaikan masalah dokumen nikah yang palsu, Majlis Agama Islam Wilayah akan merakamkan gambar pasangan dengan saksi dan jurunikah setelah nikah di Thailand.

3. Wali nasab hadir bersama

Sekiranya wali nasab datang bersama pasangan, dia hendaklah mengisi borang wali yang disediakan.

4. Dokumen Perjalanan

Pasangan yang ingin nikah di Thailand hendaklah membawa pasport atau pas sempadan yang telah dicop oleh Imigresen Thailand. Konsulat Malaysia tidak akan memberikan pengesahan nikah bagi mereka yang tidak ada pasport atau pas sempadan yang telah dicop oleh Imigresen Thailand.

5. Askar atau Polis

Askar atau Polis perlu mendapatkan kebenaran dari pejabatnya atau dari Mahkamah Syariah. Sekiranya tiada kebenaran, jurunikah akan memperingatkan tentang peraturan ini dan kesalahan yang dilakukan. Sekiranya dia masih ingin berkahwin setelah diberi peringatan, dia akan diperlukan membuat surat akuan sebelum nikah berlangsung.

6. Wali Pengantin Lelaki

Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan wakil bagi pengantin lelaki. Dia sendiri mesti hadir.

7. Isteri buat Aduan Taklik

Setelah diterima aduan taklik oleh seorang isteri terhadap suaminya, Majlis Agama Islam Wilayah akan menghantar salinan surat aduan itu kepada suami melalui mahkamah syariah yang berkenaan, dalam masa sekurang-kurangnya sebulan.

8. Pengesahan Konsulat

Setiap pasangan yang nikah di Thailand akan diperingatkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah untuk mendaftar dan mendapatkan pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla

9. Pengantin Indonesia

Rakyat Indonesia yang berkahwin dengan rakyat Malaysia hendaklah menggunakan alamatnya di Indonesia, bukan alamatnya di Malaysia.

10. Pejabat Agama yang Diiktiraf

JAKIM menjelaskan bahawa pihak Malaysia hanya akan mengiktiraf dan memberikan pengesahan nikah kepada pernikahan yang berlangsung di 6 wilayah sahaja, seperti berikut:

Hubungi Kami

Ada soalan? Sila isi borang berikut: