Dapatkan maklumat lengkap!
Hubungi Kami: whatsapp 010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut

Nikah gantung dulu untuk halalkan hubungan. Kalau mahu, bila bersedia, boleh nikah semula di Malaysia, atau daftar nikah yang ini.

Nikah Gantung atau Nikah Khitbah adalah nikah yang memenuhi semua syarat sah nikah, kemudian pasangan membuat pilihan untuk tidak tinggal bersama dan tidak melakukan senggama untuk tempoh tertentu, dan tanggungjawab sebagai suami-isteri belum diwajibkan ke atas pasangan itu

Kalau melakukan senggama, tidak berdosa, tapi tidak lagi dipanggil nikah gantung, dan tanggungjawab sebagai suami-isteri diwajibkan keatas pasangan itu. Tetapi, pasangan boleh sama-sama bersetuju untuk melepaskan tanggungjawab itu buat tempoh tertentu, contohnya sehingga mereka bersedia untuk tinggal bersama seperti pasangan suami isteri lazimnya.

Pasangan kekasih yang belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami-isteri (contoh: sedang belajar, tinggal berjauhan dan sebagainya) mempunyai tiga pilihan:

Sekiranya berpasangan sebagai kekasih atau bertunang, hubungan belum halal dan pencegah maksiat boleh dakwa di mahkamah syariah sekiranya ditangkap berkhalwat. Selain itu, syaitan senantiasa berbisik mengajak kepada maksiat.

Kalau dah nikah gantung, syaitan tak ganggu (sebab dah halal) dan pencegah maksiat pun tak boleh dakwa (sebab dah halal).

Hukum Nikah gantung atau nikah khitbah adalah pernikahan yang sah. Pasangan yang belum bersedia untuk hidup bersama sesuai untuk nikah begini supaya tidak didorong oleh syaitan untuk melakukan zina. Pasangan yang telibat cuma perlu mengawal nafsu, tidak boleh lagi digoda oleh syaitan untuk melakukan zina (sebab dah sah nikah).

Maksud Nikah Khitbah atau Nikah Gantung

Khitbah bermaksud bertunang. Maksud nikah khitbah (atau nikah gantung) adalah perkahwinan yang memenuhi semua syarat-syarat sah nikah, tetapi pasangan belum hidup bersama, seolah-olah baru bertunang. Cara kahwin khitbah sama seperti perkahwinan biasa, cuma kenduri kahwin belum diadakan.

Di samping itu, tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri tidak diwajibkan keatas suami, sehingga mereka hidup serumah.

Oleh kerana mereka sudah pun berkahwin, mereka boleh keluar bersama atau belajar bersama atau apa-apa saja aktiviti yang melibatkan hanya mereka berdua. Cara ini lebih baik dari berkapel atau bertunang.

Pasangan yang nikah gantung boleh tidur bersama, sebab dah berkahwin, tapi perbuatan itu akan menamatkan tempoh kahwin khitbah. Kalau ditakdirkan berlaku kehamilan, anak itu adalah anak sah taraf.

Kahwin gantung berbeza dari nikah rahsia atau nikah siri.

Hukum Nikah Gantung Menurut Islam

Nikah khitbah memenuhi semua rukun kahwin - ada wali, ada dua orang saksi, ada calon suami dan calon isteri, dan ada ijab kabul. Lelaki juga memberikan mahar (maskahwin) kepada perempuan yang dikahwininya. Oleh yang demikian, kahwin gantung adalah sah kerana memenuhi semua syarat-syarat sah nikah dalam Islam.

Proses Nikah

Syarat sah nikah adalah sama bagi semua jenis nikah. Rukun nikah perlu dipatuhi. Perlu ada wali pengantin perempuan (yang memenuhi syarat wali nikah), dua orang saksi nikah (yang memenuhi syarat saksi nikah), pasangan yang nikah dan maskahwin yang sesuai.

Prosedurnya pun sama seperti nikah yang biasa. Kalau di Malaysia, kena pergi kursus kahwin dulu. Lafaz akad nikah pun sama seperti nikah biasa.

Setelah selesai majlis perkahwinan (majlis akad nikah), pasangan pengantin baru itu sah bergelar suami isteri, dengan surat nikah yang sah, tapi belum ada kenduri kahwin, belum berkirim hantaran nikah dan belum tinggal bersama.

Bagi yang ingin berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa, perlulah melakukannya di luar negara, seperti nikah di Thailand. Peraturan Pejabat Agama di Malaysia tak membenarkan nikah tanpa izin wali atau mahkamah. Sementara itu, hukum nikah di Malaysia menggunakan "wali hakim" dari Thailand adalah tidak sah. Wali hakim perlu dilantik oleh pemerintah (Pejabat Agama) di tempat nikah.

Contoh Nikah Khitbah

Rasulullah dan Aisyah sendiri telah melakukannya. Mereka tidak terus tinggal bersama selepas perkahwinan mereka. Mereka tinggal berasingan selama 2-3 tahun. Sesudah itu baru mereka tinggal bersama.

Kebaikan Nikah Gantung

Dalam keadaan di mana pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah agak bebas dan para remaja sering berkapel, kahwin gantung adalah satu alternatif yang baik untuk mengelakkan berlakunya maksiat dan mengurangkan kelahiran anak tak sah taraf.

Setelah berkahwin, pasangan boleh bersama kemana sahaja. Tidak timbul soal zina atau kelahiran anak tak sah taraf. Tapi, kalau telah berlaku senggama (hubungan seks), perkahwinan itu tidak lagi dianggap sebagai kahwin khitbah, sebaliknya tanggungjawab suami dan isteri dalam perkahwinan biasa perlu dipikul mulai saat itu. Kalau masih belajar atau masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lazimnya dipikul sebagai suami-isteri, cubalah mengawal nafsu, sehingga masa yang lebih sesuai.

Sekiranya menghadapi masalah untuk berkahwin di Malaysia, kami kami menyediakan pakej perkahwinan lengkap, murah di Thailand. Kami boleh uruskan nikah misyar, khitbah, poligami, siri, dan sebagainya - asalkan nikah yang dibenarkan oleh hukum syarak.

Borang Pertanyaan/Maklumbalas

Isi ruang berikut untuk menghubungi kami.

Ruang Bertanda * Perlu Diisi

Nyatakan keadaan yang dihadapi dan samada mahukan balasan dari kami melalui emel atau whatsapp

Borang yang tidak diisi dengan penjelasan tentang keadaan yang dihadapi dan tidak mengandungi apa-apa pertanyaan, tidak akan dibalas