PERHATIAN: Mulai Ogos 2024, Nikah di Thailand memerlukan 3 hari bekerja untuk balik dengan dokumen lengkap.
Hari Pertama
Hari Kedua
Bebas
Kalau nak melancong ke Hatyai dan Songkhla, kami boleh uruskan.
Hari Ketiga
Tiga hari bekerja diperlukan di Siam untuk balik dengan dokumen lengkap.
Ambil kira perkara berikut dalam memilih tarikh untuk nikah di Thailand.
Konsulat Malaysia di Songkhla adalah Kedutaan Kecil Malaysia. Sijil nikah dan cerai dari Thailand perlu disahkan oleh Konsulat Malaysia dulu sebelum diiktiraf di Malaysia.
Sijil nikah dari Thailand yang tak ada pengesahan Konsulat tak boleh digunakan kalau disoal oleh pencegah maksiat atau untuk pendaftaran nikah di Malaysia. Sama macam tak ada sijil nikah.
Pendaftaran di Malaysia akan memerlukan pasangan yang nikah menghadiri perbicaraan pengesahan nikah di mahkamah syariah, kecuali pendaftaran di Perlis.
Kalau perlukan bantuan dalam prosedur pendaftaran di tempat mastautin, atau perlukan maklumat dan nasihat, atau berhajat untuk daftar di Perlis, kami boleh bantu.
Kalau perlukan bantuan dalam mahkamah, lantik peguam syarie. Cuma peguam syarie saja yang boleh bantu dalam mahkamah syariah.
* Surat Pengesahan Nikah (Konsulat Malaysia di Songkhla)
* Surat Nikah dengan cop Konsulat (Pejabat Agama)
* Surat Pengesahan Nikah dengan cop Konsulat (Pejabat Agama)
* Gambar bersama Jurunikah dan Saksi dengan cop Konsulat (Pejabat Agama)
* Surat tauliah Jurunikah dengan cop Konsulat (Pejabat Agama)
* Salinan pasport dan IC berdua dengan cop Konsulat (Pejabat Agama akan buat salinan)
* Resit Bayaran (Konsulat)
* Video Akad Nikah (bawa kamera/fon sendiri)
CATATAN: Tiada Konsulat (Kedutaan) Malaysia di Yala, Narathiwat, Satun atau Pattani, cuma ada di Songkhla.
Selain harga pakej, cuma bawa maskahwin untuk isteri dan belanja sendiri di sana. Itu saja. Tiada kos tersembunyi.
Surat nikah dari Thailand tidak diiktiraf di Malaysia kalau tak ada cop Konsulat.
Menguruskan nikah, cerai dan mendapatkan surat pengesahan Konsulat.
Menguruskan nikah rahsia di Thailand (supaya tidak bertemu pasangan lain di sana).
Memberikan khidmat nasihat percuma untuk pendaftaran nikah di Malaysia.
Menyediakan khidmat guaman untuk pendaftaran di seluruh Malaysia.
Membantu menyelesaikan apa saja masalah berkaitan nikah/cerai di Thailand.
Jauhi agen nikah Siam yang tak memaparkan gambar atau meminta wang pendahuluan.
Pastikan agen membawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla selepas nikah di Thailand dan mendapat surat nikah. Surat nikah Siam tak diiktiraf di Malaysia kalau tak ada cop pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla.
Kami adalah agen nikah di Thailand yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Songkhla dan di antara yang paling lama menyediakan khidmat nikah di Thailand dengan murah. Sama ada nikah poligami, wali enggan, nikah gantung, nikah siri (kahwin senyap) atau apa saja, insya Allah kami boleh uruskan dengaan mudah.
Kami cuma membawa pasangan untuk nikah di Pejabat Agama yang diiktiraf oleh JAKIM di Selatan Thailand. Kami terdiri dari dua individu, Ridzwan, seorang rakyat Malaysia dan Saleh, seorang rakyat Thailand.
Kami menyediakan khidmat nikah di Thailand yang paling lengkap, dengan mengambil berat bukan sahaja proses nikah dan perjalanan yang lancar di Thailand, tetapi juga khidmat nasihat dan bantuan yang selalu diperlukan oleh pasangan setelah balik ke Malaysia dan memulakan proses pendaftaran nikah di Malaysia.
Untuk tujuan ini, kami lakukan khidmat ini berdua dan kami membuka pejabat sendiri di Subang Jaya. Ridzwan tidak pergi bersama untuk membawa pasangan nikah di Thailand, supaya dia dapat memberikan masa sepenuhnya, siang atau malam, kepada sesiapa yang inginkan maklumat, nasihat atau bantuan berkaitan nikah, cerai atau pendaftaran di Malaysia setelah nikah di Thailand.
Agen yang membawa sendiri pasangan ke Thailand tidak mempunyai masa untuk membantu pada tahap yang sama, sebab mereka sering berada di Thailand atau dalam perjalanan antara Thailand dan Malaysia.
Saleh ialah rakyat Thailand yang bermastautin di Songkhla. Dialah yang menguruskan pernikahan di Thailand sehingga mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.
Oleh kerana dia adalah orang tempatan di sana, yang faham bahasa Thai dan adat orang Melayu Thai, urusan nikah menjadi lebih mudah. Apa-apa masalah yang timbul dalam perjalanan atau di Majlis Agama Islam di Thailand, atau Konsulat Malaysia di Songkhla, dapat diselesaikan dengan mudah sebab dia adalah orang tempatan.
Pasangan yang nikah di Thailand bersama kami akan kami bawa terlebih dahulu samada ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) di Klong Hae, yang terletak diantara bandar Hat Yai dan bandar Songkhla, atau Majlis Agama Islam Yala di Sateng (bukan di Betong) jika tak cukup jarak untuk nikah di Songkhla. Kami sediakan pengangkutan di Zon Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam atau lapangan terbang Hat Yai.
Jumpa kami di Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu HitamPerkahwinan, samada nikah biasa, kahwin lari, nikah siri atau nikah gantung, akan berlangsung di MAIS atau MAIY sejurus selepas tiba di sana.
Majlis Agama Islam SongkhlaDalam tempoh tak lebih 2 jam selepas perkahwinan, MAIS atau MAIY akan menyerahkan surat nikah dan surat pengesahan nikah kepada pasangan. Surat pengesahan nikah ini ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla.
Berikutan itu, kami akan bawa pasangan ke Konsulat Malaysia di bandar Songkhla untuk menyerahkan surat pengesahan nikah dari MAIS tadi, dan untuk memohon surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia. Urusan ini perlu dilakukan sebelum pukul 12 tengah hari.
Menunggu giliran di Konsulat Malaysia, SongkhlaSelesai urusan di Konsulat, kami akan bawa pasangan untuk makan tengah hari di sebuah restoran Islam di tepi pantai Songkhla.
Makan tengah hari di SongkhlaSelepas makan, pasangan ada pilihan untuk pergi membeli belah di Hat Yai (pusat membeli-belah untuk Wilayah Songkhla ialah di Hat Yai), atau bersiar-siar di sekitar Hat Yai dan Songkhla, atau terus pergi ke hotel.
Selepas nikah, bermalam di hotel yang selesaSekiranya ingin membeli-belah atau bersiar-siar, kami akan bawa dengan kereta yang kami sediakan, tanpa apa-apa caj tambahan.
Hat Yai dan Songkhla adalah tempat pelancongan bagi penduduk Thailand dan Malaysia. Banyak yang boleh dilihat di sana. Sebagai contoh, Songkhla mempunyai pantai yang cantik, jambatan konkrit terpanjang di Thailand, zoo yang terbesar di Selatan Siam dan perusahaan kain tenunan tangan yang terkenal. Untuk mereka yang meminati sejarah, muzeum Songkhla mengandungi bahan-bahan sejarah sejak abad ke-7 dulu lagi - zaman pemerintahan Srivijaya. Pantai Songkhla: sesuai untuk pasangan berbulan madu
Pasar terapung Khlonghae dibuka Jumaat - Ahad
Keesokan harinya, kami akan datang ke hotel untuk menjemput pasangan, untuk makan tengah hari dan pergi mengambil surat pengesahan dari Konsulat Malaysia. Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia ini adalah penting untuk pendaftaran di Malaysia nanti.
Cop Konsulat Malaysia pada surat nikah
Dari Konsulat, kami akan bawa balik ke Bukit Kayu Hitam (atau hotel, bagi mereka yang memilih untuk melanjutkan tempoh berada di Songkhla).
Pasport hendaklah mempunyai baki tempoh sah tak kurang dari 6 bulan dari tarikh memasuki Siam. Bagi mereka yang tidak mempunyai pasport, harga membuat pasport baru ialah RM200. Pasport sah untuk tempoh 5 tahun.
Pas sempadan hanya boleh dipohon oleh penduduk bagi tiga daerah paling Utara di Perak (bersempadan dengan Yala, Kedah dan Penang), selain Perlis, Kedah dan Kelantan. Penduduk negeri-negri lain perlukan pasport antarabangsa.
Mereka yang dikenakan sekatan perjalanan (disebabkan muflis, sekatan PTPTN atau lain-lain) tidak dibenarkan untuk membuat pasport atau pas sempadan. Semak status sekatan perjalanan di sini.
Bawa surat kematian suami atau surat cerai yang asal.
Kalau baru bercerai dan belum menerima surat cerai, tunggu sehingga dapat surat cerai sebelum perkahwinan di Thailand. Surat pengesahan dari Konsulat tidak akan dikeluarkan tanpa surat cerai/kematian suami yang asal.
Pastikan juga tempoh iddah sudah tamat. MAIS menggunakan tempoh 3 bulan 10 hari untuk iddah bagi perempuan yang bercerai, bukan 3 kali suci. Tunggu tempoh yang lebih panjang diantara dua itu.
Sebaik-baiknya dapatkan kebenaran bertulis dari jabatan masing-masing dulu. Konsulat Malaysia tidak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah bagi anggota Polis atau Tentera yang tidak mempunyai surat kebenaran dari Ketua Jabatan masing-masing.
Bagi bekas Polis atau Tentera, sila bawa surat pelepasan (persaraan) masing-masing.
Semak dari Kedutaan Siam, samada di Malaysia atau di negara asal mereka, apa yang diperlukan untuk mendapatkan visa dari Kedutaan Siam sebelum memasuki Siam. Kegagalan berbuat demikian memungkinkan mereka tidak dibenarkan memasuki Siam.
Harus diketahui bahawa bukan semua warga asing boleh memohon visa Thai dari Kedutaan Thai di Malaysia. Ada yang perlu balik ke negara masing-masing untuk memohon visa.
Telefon Kedutaan Thailand di Jalan Ampang untuk mengetahui prosedur memohon visa bagi warga asing.
Pasangan yang nikah di Thailand tanpa agen perlu pergi semula ke Thailand dalam kes begini.
Pendaftaran di Perlis sangat mudah dan selesai dalam masa sebulan.
Hubungi kami melalui borang berikut atau hantar whatsapp kepada +60103658513 (Ridzwan)
Ruang Bertanda * Perlu Diisi
Maklumat yang kami minta di atas semata-mata untuk membolehkan kami membantu pasangan yang ingin nikah di Thailand dan tidak akan kami kongsikan dengan sesiapa pun