Halaman ini untuk mereka yang bercadang masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam.
Kandungan laman web ini dikemaskini setiap kali dapat maklumat baru. Jangan lupa mengunjungi laman web ini waktu membuat persediaan pergi ke Thailand memalui Bukit Kayu Hitam dan Danok.
Pasangan yang ingin nikah di Selatan Thailand, seperti Songkhla, dalam masa pandemic Covid, perlu mematuhi beberapa syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Thailand, seperti di bawah. Syarat-syarat ini boleh berubah. Kalau berminat untuk pergi ke Thailand, kunjungi laman web ini dari masa ke masa, Saya akan kemaskini laman web ini setiap kali saya dapat maklumat baru.
Setiap pengunjung ke Thailand mulai 1 Mei 2022 hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
Lihat di bawah untuk cara memohon Thailand Pass dan MorChana
Harga pakej nikah: RM1,900 untuk berdua
Thailand Pass mengandungi sedikit maklumat peribadi tentang setiap pengunjung ke Thailand dan perlu dipohon sebaik2nya seminggu sebelum pergi. Untuk memohon Thailand Pass bagi perjalanan melalui Bukit Kayu Hitam, tekan di sini
Masa mengisi borang Thailand Pass, untuk soalan Purpose of Arrival, pilih Travel.
Untuk soalan First Arrival Boundary in Thaailand pilih Sadao.
Borang ini akan meminta nama SHA hotel untuk menginap di sana. Tak perlu book hotel (sebab dah tak ada ujian PCR dan dah tak ada kuarantin), tapi isi ruang itu dengan salah satu hotel dari sini
Insuran Covid perlu ada sebelum boleh memohon Thailand Pass.
Untuk membeli insuran Covid, boleh google "covid insurance thailand" dan pilih mana-mana syarikat insuran Thailand. Atau tekan di sini
Aplikasi MorChana adalah aplikasi MySejahtera yang Thailand gunakan.
Muat turun aplikasi MorChana dari Google Play Store atau iOS App Store. Atau muat turun dari laman web ini
Borang ini akan disediakan di imigresen Thailand. Isi borang ini sebelum sampai ke kaunter imigresen.
Kalau nak isi awal borang ini boleh dimuat turun dari laman web ini
Kami cadangkan perjalanan ke Songkhla memalui jalan darat lebih baik dilakukan dengan menaiki bas bagi peringkat awal ini, kerana pemandu bas lebih tahu syarat-syarat perjalanan ke sana, terutamanya kalau ada perubahan. Beli tiket ke Hat Yai, supaya bas membawa masuk ke Imigresen Thailand di Danok. Dan pastikan beli tiket bas yang sampai ke sempadan pada atau sebelum pukul 6 pagi waktu Malaysia, supaya boleh masuk ke Songkhla sebaik sempadan buka setiap pagi.
Bagi yang memandu, kereta boleh ditinggalkan di Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam, lebih kurang 100 meter sebelum Imigresen Thailand.
Dua hari bekerja diperlukan untuk pakej ini. Maksudnya, jangan bermula pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad, atau hari Cuti Am Malaysia atau Thailand.
Perjalanan dari Danok (Bukit Kayu Hitam) bermula pukul 7 pagi waktu Malaysia dari depan Oscar Palace Hotel, sebaik selepas imigresen Thailand di Danok. Perjalanan dari Hat Yai bermula dari mana-mana hotel di Hat Yai, pukul 7 pagi waktu Thailand. Dari sana, kami bawa ke Majlis Agama Islam Songkhla untuk nikah. Kemudian, kami bawa ke Konsulat Malaysia untuk serahkan dokumen nikah untuk pengesahan. Selepas itu, kami hantar semula ke hotel di Hat Yai.
Pada tengahari hari kedua, kami bawa semula ke Konsulat untuk ambil semua dokumen yang telah disahkan oleh Konsulat. Selepas itu, kamu hantar semula ke hotel atau ke lapangan terbang Hat Yai, atau ke Danok, untuk perjalanan balik ke Malaysia.
Harga pakej ini adalah RM1,900 untuk berdua, tak termasuk hotel, maskahwin atau belanja makan berdua. Bayaran perlu dibuat di Pejabat Agama Songkhla, sebelum nikah.
Pasport hendaklah mempunyai baki tempoh sah tak kurang dari 6 bulan dari tarikh memasuki Siam. Bagi mereka yang tidak mempunyai pasport, harga membuat pasport baru ialah RM200. Pasport sah untuk tempoh 5 tahun.
Pas sempadan hanya boleh dipohon oleh penduduk bagi tiga daerah paling Utara di Perak (bersempadan dengan Yala, Kedah dan Penang), selain Perlis, Kedah dan Kelantan. Penduduk negeri-negri lain perlukan pasport antarabangsa.
Mereka yang dikenakan sekatan perjalanan (disebabkan muflis, sekatan PTPTN atau lain-lain) tidak dibenarkan untuk membuat pasport atau pas sempadan. Semak status sekatan perjalanan di sini.
Bawa surat kematian suami atau surat cerai yang asal.
Kalau baru bercerai dan belum menerima surat cerai, tunggu sehingga dapat surat cerai sebelum perkahwinan di Thailand. Surat pengesahan dari Konsulat tidak akan dikeluarkan tanpa surat cerai/kematian suami yang asal.
Pastikan juga tempoh iddah sudah tamat. MAIS menggunakan tempoh 3 bulan 10 hari untuk iddah bagi perempuan yang bercerai, bukan 3 kali suci. Tunggu tempoh yang lebih panjang diantara dua itu.
Semak dari Kedutaan Siam, samada di Malaysia atau di negara asal mereka, apa yang diperlukan untuk mendapatkan visa dari Kedutaan Siam sebelum memasuki Siam. Kegagalan berbuat demikian memungkinkan mereka tidak dibenarkan memasuki Siam.
Harus diketahui bahawa bukan semua warga asing boleh memohon visa Thai dari Kedutaan Thai di Malaysia. Ada yang perlu balik ke negara masing-masing untuk memohon visa.
Telefon Kedutaan Thailand di Jalan Ampang untuk mengetahui prosedur memohon visa bagi warga asing.