Mulai 1 Julai 2022, tak ada lagi syarat khas untuk masuk ke Thailand. Semuanya dah macam sebelum Covid. Dah tak ada insuran Covid atau Thailand Pass. Tapi, perlu tunjukkan sijil vaksinasi Covid yang ada dalam MySejahtera. Perlukan vaksinasi Covid 2 kali.
PERHATIAN:Surat pengesahan konsulat wajib ada untuk mendaftar nikah di Malaysia atau untuk mendaftar anak di Malaysia. Kalau tak ada surat pengesahan konsulat, pegawai pencegah maksiat boleh dakwa di mahkamah syariah atas tuduhan khalwat.
Walaupun ada sekumpulan agen yang menaikkan harga, kami masih menawarkan harga sebelum PKP. Tidak ada sebab untuk menaikkan harga kecuali untuk menambah keuntungan agen.
Pergi berdua | RM1,900 | Kongsi kereta/van |
Pergi 2-4 orang | RM2,400 | Kereta khas |
Pergi 5-10 orang | RM2,900 | Van khas |
Harga di atas termasuk semua pengangkutan yang diperlukan di Songkhla, bayaran kepada Pejabat Agama, jurunikah dan saksi, bayaran untuk semua dokumen dan bayaran untuk Konsulat Malaysia di Songkhla dan makan tengahari selepas serahan dokumen kepada Konsulat.
Hotel, maskahwin dan belanja makan sendiri (selain makan tengahari selepas serahan dokumen di Konsulat) tak termasuk dalam harga ini.
Bayar penuh di Pejabat Agama. Tiada deposit.
Kami cadangkan perjalanan ke Songkhla memalui jalan darat lebih baik dilakukan dengan menaiki bas ke Danok, kerana pemandu bas lebih tahu syarat-syarat perjalanan ke sana, terutamanya kalau ada perubahan. Beli tiket ke Hat Yai, tapi selepas cop pasport di imigresen Thailand di Bukit Kayu Hitam, jangan naik bas. Sebaliknya, pergi ke kereta kami yang menunggu di depan Oscar Palace Hotel, sebaik selepas imimgresen Thailand di sana.
Gambar atas: Pemandangan Oscar Palace Hotel dari Imigresen Thailand.
Bagi yang memandu, kereta boleh ditinggalkan di Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam, lebih kurang 100 meter sebelum Imigresen Thailand.
Pintu masuk ke Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam.
Dua hari bekerja diperlukan untuk pakej ini. Maksudnya, jangan bermula pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad, atau hari Cuti Am Malaysia atau Thailand.
Perjalanan ke Thailand tidak termasuk ke dalam paakej kami.
Perjalanan dari Danok (Bukit Kayu Hitam) bermula pukul 7 pagi waktu Malaysia dari depan Oscar Palace Hotel, sebaik selepas imigresen Thailand di Danok. Perjalanan dari Padang Besar bermula pukul 7 pagi waktu Malaysia dari medan letak kereta Imigresen Thailand (selepas imigresen Thailand). Perjalanan dari Hat Yai bermula dari mana-mana hotel di Hat Yai, pukul 7 pagi waktu Thailand. Dari sana, kami bawa ke Majlis Agama Islam Songkhla untuk nikah. Kemudian, kami bawa ke Konsulat Malaysia untuk serahkan dokumen nikah untuk pengesahan. Selepas itu, kami hantar semula ke hotel di Hat Yai.
Pada tengahari hari kedua, kami bawa semula ke Konsulat untuk ambil semua dokumen yang telah disahkan oleh Konsulat. Selepas itu, kamu hantar semula ke hotel atau ke lapangan terbang Hat Yai, atau ke Danok, untuk perjalanan balik ke Malaysia.
Harga pakej ini adalah RM1,900 untuk berdua, tak termasuk hotel, maskahwin atau belanja makan berdua. Bayaran perlu dibuat di Pejabat Agama Songkhla, sebelum nikah.
Pasport hendaklah mempunyai baki tempoh sah tak kurang dari 6 bulan dari tarikh memasuki Siam. Bagi mereka yang tidak mempunyai pasport, harga membuat pasport baru ialah RM200. Pasport sah untuk tempoh 5 tahun.
Pas sempadan hanya boleh dipohon oleh penduduk bagi tiga daerah paling Utara di Perak (bersempadan dengan Yala, Kedah dan Penang), selain Perlis, Kedah dan Kelantan. Penduduk negeri-negri lain perlukan pasport antarabangsa.
Mereka yang dikenakan sekatan perjalanan (disebabkan muflis, sekatan PTPTN atau lain-lain) tidak dibenarkan untuk membuat pasport atau pas sempadan. Semak status sekatan perjalanan di sini.
Bawa surat kematian suami atau surat cerai yang asal.
Kalau baru bercerai dan belum menerima surat cerai, tunggu sehingga dapat surat cerai sebelum perkahwinan di Thailand. Surat pengesahan dari Konsulat tidak akan dikeluarkan tanpa surat cerai/kematian suami yang asal.
Pastikan juga tempoh iddah sudah tamat. MAIS menggunakan tempoh 3 bulan 10 hari untuk iddah bagi perempuan yang bercerai, bukan 3 kali suci. Tunggu tempoh yang lebih panjang diantara dua itu.
Semak dari Kedutaan Siam, samada di Malaysia atau di negara asal mereka, apa yang diperlukan untuk mendapatkan visa dari Kedutaan Siam sebelum memasuki Siam. Kegagalan berbuat demikian memungkinkan mereka tidak dibenarkan memasuki Siam.
Harus diketahui bahawa bukan semua warga asing boleh memohon visa Thai dari Kedutaan Thai di Malaysia. Ada yang perlu balik ke negara masing-masing untuk memohon visa.
Telefon Kedutaan Thailand di Jalan Ampang untuk mengetahui prosedur memohon visa bagi warga asing.
Gunakan laman web berikut untuk menyemak kalau ada sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen.
Semakan Sekatan Perjalanan