Untuk pendaftaran nikah di Malaysia selepas nikah di Thailand, daftar nikah di Perlis wajar dipertimbangkan. Kelebihan daftar nikah Thailand di Perlis adalah seperti berikut:
Cara daftar nikah Thailand di Perlis melalui kami adalah seperti berikut:
Telefon atau whatsapp 010-365 8513 untuk maklumat lanjut.
Setelah balik ke Malaysia dengan dokumen lengkap (termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla), pergi ke Pejabat Agama Islam berhampiran dan mohon borang pendaftaran nikah luar negara.
Biasanya, pegawai yang memberikan borang itu akan menjelaskan apa yang harus dilakukan, termasuk salinan dokumen yang perlu dikepilkan bersama borang permohonan itu.
Diantara dokumen yang perlu ialah surat nikah, surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam di Siam, gambar bersama jurunikah dan saksi, surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla, keputusan ujian HIV, sijil pra-perkahwinan (bagi pernikahan kali pertama), salinan surat nikah/cerai terdahulu (jika ada) dan beberapa dokumen lain.
Pendaftar nikah akan semak semua dokumen itu, dan kes akan dibawa ke mahkamah syariah untuk perbicaraan pengesahan nikah. Setelah selesai proses mahkamah dan selepas dibayar apa-apa denda yang dikenakan, pernikahan itu akan didaftarkan.
Bagi kes poligami, kes akan dibawa ke mahkamah tinggi syariah di tempat tinggal isteri pertama. Isteri pertama akan dipanggil ke mahkamah. Pejabat Agama biasanya akan menasihati pasangan untuk mendapatkan khidmat peguam syarie dengan bayaran guaman yang agak tinggi. Pertimbangkan fakta ini sebelum memutuskan untuk mendaftar nikah samada di tempat tinggal isteri pertama atau di Perlis.
Mahkamah Syariah di Malaysia boleh mengenakan hukuman untuk kesalahan seperti berikut:
Untuk setiap kesalahan, pasangan yang nikah di Thailand tanpa kebenaran boleh dikenakan hukuman denda tak lebih dari RM1,000 seorang, atau penjara tak lebih dari 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.
Sekiranya memerlukan peguam untuk membantu dalam mahkamah, hantar mesej WhatsApp kepada 0103658513