Nombor telefon MAIS: +6674305300
Dapatkan maklumat lengkap!
Hubungi Kami: whatsapp
010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut

Nikah di Songkhla Hanya Sah di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla

SONGKHLA (Selatan Thailand): Pernikahan pasangan luar terutama rakyat Malaysia di Songkhla tidak akan diiktiraf jika menggunakan khidmat sindiket nikah ekspres atau jurunikah tidak bertauliah kerana Majlis Agama Islam wilayah Songkhla (Mais) sudah mengeluarkan arahan hanya pejabatnya di sini, sebagai tempat pernikahan yang sah berkuat kuasa 16 September lalu.

Berikutan itu, pasangan yang bernikah selain daripada di pejabat Mais di Jalan Klonghae di sini, dianggap tidak sah.

Yang Dipertua Mais, Zakaria Saleh berkata, peraturan baru itu dikeluarkan kerajaan Thailand berikutan banyak aduan mengenai kekeliruan serta pemalsuan sijil nikah.

"Selepas ini, pasangan yang bernikah selain daripada di pejabat Mais, tidak sah dan tidak diiktiraf kerana hanya kami mengeluarkan sijil nikah sah dan asli.

(Disiarkan oleh Harian Metro pada 8 Okt 2010)

Majlis Agama Islam Songkhla

Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertanggung jawab melantik dan mentauliah semua jurunikah di Wilayah itu. Pada masa ini, ada 30 orang naib kadi yang dilantik untuk menjadi jurunikah dan saksi nikah oleh MAIS. Mereka ini menjalankan upacara ijab kabul dan kemudian mengeluarkan sijil nikah.

Majlis ini juga mengeluarkan surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada satu-satunya Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand, di Songkhla.

Surat Pengesahan Nikah Dari MAIS

Pejabat MAIS hanya mengeluarkan surat pengesahan nikah kepada pasangan-pasangan dari Malaysia yang kahwin di pejabat MAIS. Tujuan surat pengesahan ini ialah untuk membolehkan rakyat Malaysia memohon surat pengesahan pernikahan dari Konsulat Malaysia di sana.

Konsulat Malaysia tidak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah kepada pasangan yang nikah di Songkhla, kalau pemohon tak sertakan surat ini.

Apa yang Perlu Dibawa ke Thailand

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Pemilihan Tarikh Nikah

Kalau boleh, pilih mana-mana dua hari bekerja supaya boleh balik dengan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, selain surat nikah dan surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam Songkhla. Kalau tak boleh, pergi sehari untuk nikah dulu, dan uruskan surat pengesahan Konsulat kemudian.