Yala, Narathiwat dan Pattani telah diiktiraf sebagai sebahagian dari Thailand, tanpa persetujuan penduduknya, melalui perjanjian diantara Siam dan England pada tahun 1909. Sejak itu, tiga wilayah ini telah bergolak disebabkan penentangan bersenjata oleh penduduk tempatan terhadap Kerajaan Thailand. Mereka menuntut kebebasan dari Thailand, tetapi Thailand pula berusaha untuk mengukuhkan kuasa mereka keatas kawasan ini.
Usaha Thailand untuk mengukuhkan kuasanya di kawasan itu telah meningkatkan penentangan terhadap kerajaan Thailand.
Peningkatan penentangan bersenjata menjadi ketara sejak tahun 2004, dengan beberapa rusuhan dan huru-hara melanda tiga wilayah Selatan ini, mengakibatkan lebih 5,000 kematian dari tahun 2004 hingga 2011.
Wilayah Songkhla tetap aman dan tidak terlibat dengan pergolakan ini.
Jan 2014: Rusuhan di Thailand dan pengisytiharan darurat cuma untuk Bangkok dan kawasan sekitar. Tiada rusuhan atau pengisytiharan darurat untuk Songkhla yang terletak 1,000km dari Bangkok.
Kami sering ditanya tentang keselamatan di Songkhla. Jawapannya: Songkhla adalah tempat yang aman dan jauh lebih selamat berbanding Yala, Narathiwat atau Pattani.
Di Yala, sudah beberapa kali bom meletup hanya 20+km dari Betong yang bersempadan dengan Perak. Di Narathiwat, kawasan berhampiran Kelantan seperti Tak Bai dan Golok pun sering mengalami pengeboman.
Tapi Songkhla tidak mengalami masalah begitu.
Tidak seperti Yala, Narathiwat dan Pattani, Wilayah Songkhla memang sebahagian dari Thailand sejak dulu lagi. Majoriti penduduk Songkhla pun bukan beragama Islam seperti di Yala, Natrathiwat dan Pattani, tapi beragama Buddhist. Dua fakta ini tidak memungkinkan Songkhla menyertai gerakan pemisah di Yala, Narathiwat dan Pattani.
Isi ruang berikut untuk menghubungi kami.
Ruang Bertanda * Perlu Diisi