Cara Daftar nikah Thailand di Malaysia
Cara daftar nikah Thailand di Malaysia yang paling senang adalah dengan mendaftar di Pejabat Agama Perlis. Dalam masa sebulan atau dua bulan, dah selesai.
Dah dapat surat pengesahan nikah dan kad nikah daripada Pejabat Agama di Perlis.
Tak perlu perbicaraan di mahkamah syariah, tak perlu libatkan isteri pertama dalam kes poligami, tak perlu ujian HIV dan tak perlu serahkan banyak dokumen. Dan tak perlu keluar banyak duit.
Tapi, perlu ada alamat mastautin di Perlis. Kalau tak ada alamat di Perlis, kami boleh bantu.
Kalau nak daftar di Perlis, hubungi kami - Tel 0103658513.
Perbincangan MAIS - Konsulat - JAKIM
Dari masa ke masa, JAKIM, melalui Konsulat Malaysia di Songkhla, mengadakan mesyuarat dengan Majlis Agama Islam yang diiktiraf di Selatan Thailand, untuk memperkemaskan lagi prosedur dan peraturan nikah di Thailand, khususnya di lima Majlis Agama Islam yang Malaysia iktiraf itu.
Hasil perbincangan terakhir dalam tahun 2016, Majlis Agama Islam Songkhla telah mengeluarkan maklumat am yang terdapat di sini. Semua pasangan Malaysia yang nikah di Thailand perlu mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam halaman ini.
Peraturan baru ini berkuat-kuasa mulai 1 September, 2016.
1. Nikah dengan Rakyat Thailand
Rakyat Malaysia, yang nikah dengan rakyat Thailand yang tiada surat akuan dari mahkamah, hanya dibenarkan berkahwin di Pejabat Agama Islam Wilayah sahaja. Perkahwinan di tempat lain tidak akan diiktiraf.
2. Bergambar dengan jurunikah
Untuk menyelesaikan masalah dokumen nikah yang palsu, Majlis Agama Islam Wilayah akan merakamkan gambar pasangan dengan saksi dan jurunikah setelah nikah di Thailand.
3. Wali nasab hadir bersama
Sekiranya wali nasab datang bersama pasangan, dia hendaklah mengisi borang wali yang disediakan.
4. Dokumen Perjalanan
Pasangan yang ingin nikah di Thailand hendaklah membawa pasport atau pas sempadan yang telah dicop oleh Imigresen Thailand. Konsulat Malaysia tidak akan memberikan pengesahan nikah bagi mereka yang tidak ada pasport atau pas sempadan yang telah dicop oleh Imigresen Thailand.
5. Askar atau Polis
Askar atau Polis perlu mendapatkan kebenaran dari pejabatnya atau dari Mahkamah Syariah. Sekiranya tiada kebenaran, jurunikah akan memperingatkan tentang peraturan ini dan kesalahan yang dilakukan. Sekiranya dia masih ingin berkahwin setelah diberi peringatan, dia akan diperlukan membuat surat akuan sebelum nikah berlangsung.
6. Wali Pengantin Lelaki
Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan wakil bagi pengantin lelaki. Dia sendiri mesti hadir.
7. Isteri buat Aduan Taklik
Setelah diterima aduan taklik oleh seorang isteri terhadap suaminya, Majlis Agama Islam Wilayah akan menghantar salinan surat aduan itu kepada suami melalui mahkamah syariah yang berkenaan, dalam masa sekurang-kurangnya sebulan.
8. Pengesahan Konsulat
Setiap pasangan yang nikah di Thailand akan diperingatkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah untuk mendaftar dan mendapatkan pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla
9. Pengantin Indonesia
Rakyat Indonesia yang berkahwin dengan rakyat Malaysia hendaklah menggunakan alamatnya di Indonesia, bukan alamatnya di Malaysia.
10. Pejabat Agama yang Diiktiraf
JAKIM menjelaskan bahawa pihak Malaysia hanya akan mengiktiraf dan memberikan pengesahan nikah kepada pernikahan yang berlangsung di 6 wilayah sahaja, seperti berikut:
- Bangkok
- Narathiwat
- Pattani
- Satun
- Songkhla
- Yala
Hubungi Kami
Ada soalan? Sila isi borang berikut: