Cara Mudah Daftar Nikah Thailand di Malaysia
Untuk daftar nikah Thailand di Malaysia, daftar nikah di Perlis wajar dipertimbangkan, sebab mudah dan menjimatkan masa dengan harga yang berpatutan.
Yang diperlukan cuma dokumen nikah yang lengkap dari Thailand dan alamat mastautin di Perlis. Kami boleh bantu untuk dapatkan alamat mastautin di Perlis.
Cuma salah seorang yang nikah saja perlu pergi berurusan di Pejabat Agama di Perlis.
Tak perlu ujian HIV atau sijil kursus praperkahwinan
Sijil pengesahan nikah dan kad nikah akan dikeluarkan oleh Pejabat Agama di Perlis dalam masa antara satu hingga dua bulan
Daftar nikah Thailand di Perlis, Malaysia
Berikut adalah cara untuk daftar di Perlis bersama kami
- Salah seorang pergi ke Kangar dan bawa semua dokumen nikah dari Thailand, serta Kad Pengenalan pemohon
- Isi dan tandatangan beberapa borang Pejabat Agama
- Serahkan semua dokumen nikah serta gambar pasport berdua (untuk buat kad nikah)
- Buat bayaran yang dikenakan dan balik ke tempat mastautin
- Hadiri sesi soal-jawab ringkas di Pejabat Agama Perlis bila mereka panggil
- Balik dan tunggu surat pengesahan nikah Malaysia dihantar melalui pos, biasanya dalam masa satu hingga dua bulan
- Jumlah masa: Satu hingga dua bulan
- Masuk mahkamah: tiada
- Hukuman penjara atau denda: tiada
Daftar nikah Thailand di negeri lain di Malaysia
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dituruti untuk daftar nikah Thailand di Malaysia di kebanyakan negeri lain
- Pergi ke Pejabat Agama di tempat tinggal dan sediakan dokumen yang diperlukan, termasuk sijil kursus pra-perkahwinan dan hasil ujian HIV.
Kalau poligami, bawa surat nikah dengan isteri pertama serta salinan IC semua anak-anak.
- Pergi ke Mahkamah Rendah Syariah untuk perbicaraan pengesahan nikah (biasanya dalam tempoh sebulan selepas permohonan dibuat)
- Ambil surat perintah daqripada mahkamah syariah dan serahkan kepada Pejabat Agama (sebulan selepas perbicaraan)
- Bahagian Penguat-kuasa Pejabat Agama akan menyediakan laporan untuk mahkamah (lebih kurang 3 bulan)
- Pergi ke Mahkamah Rendah Syariah untuk perbicaraan atas tuduhan nikah di luar mukim tanpa kebenaran (biasanya dalam tempoh sebulan selepas kes difailkan oleh Pejabat Agama)
- (Untuk kes poligami sahaja) Pergi ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan atas tuduhan poligami tanpa kebenaran mahkamah (biasanya dalam tempoh sebulan selepas perbicaraan di Mahkamah Rendah)
- Pergi semula ke Mahkamah Syariah untuk dijatuhkan hukuman, dan bayar denda (biasanya sebulan selepas perbicaraan).
- Pergi ke Pejabat Agama untuk daftar nikah (lebih kurang 2 atau 3 minggu)
- Jumlah masa: tak kurang dari 8 bulan bagi bukan poligami dan tak kurang dari setahun bagi kes poligami.
- Masuk mahkamah: 3 atau 4 kali
- Hukuman: Denda tak lebih dari RM1,000 seorang (RM2,000 untuk berdua), atau penjara tak lebih dari 6 bulan, atau dua-dua sekali, untuk setiap kesalahan berikut:
- Nikah di luar mukim tanpa kebenaran Pejabat Agama
- Daftar lambat (selepas 6 bulan balik ke Malaysia)
- Poligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah
- Kos guaman (kalau lantik peguam) : Antara RM4,000 (bukan poligami) - RM8,000 (poligami)
Inginkan maklumat lanjut tentang daftar nikah Thailand di Malaysia? Hantar whatsapp kepada +60103658513 (Ridzwan) untuk balasan segera