Berikut adalah perjalanan nikah di Majlis Agama Islam Songkhla bagi pasangan yang pergi ke sana bersama kami.
Nikah di Majlis Agama Islam Songkhla lebih baik di Majlis Agama Islam lain di Selatan Thailand sebab selepas nikah, boleh terus daftar nikah di Konsulat Malaysia dan mohon surat pengesahan nikah daripada Konsulat.
Surat nikah yang tidak disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla tidak diiktiraf di Malaysia. Ini bermakna bahawa pasangan yang disoal oleh Pegawai Pencegah Maksiat tak boleh menggunakan surat nikah yang tak disahkan oleh Konsulat sebagai bukti telah nikah dengan sah. Dan nikah itu tak boleh didaftarkan di Malaysia.
Perjalanan bermula dari Danok (selepas imigresen Thailand di Bukit Kayu Hitam) sebelum pukul 7 pagi waktu Malaysia pada hari Isnin - Khamis, atau dari Padang Besar (selepas imigresen Thailand di Padang Besar) sebelum pukul 7 pagi waktu Malaysia, atau pukul 7 pagi waktu Thailand dari mana-mana hotel di Hat Yai.
Dari sana, kami akan bawa terus ke Majlis Agama Islam Songkhla. Bayaran penuh hendaklah dibuat di sana, sebelum nikah.
Pernikahan di Majlis Agama Islam Songkhla akan berlangsung menurut siapa dulu sampai, dia dulu nikah. Kadang-kadang, ada lebih dari 20 pasangan yang akan nikah pada pagi yang sama, dalam masa terhad. Inilah sebabnya waktu perjalanan dari sempadan atau dari Hat Yai tak boleh dilewatkan.
Selesai nikah, MAIS akan mengeluarkan surat nikah dan dokumen lain untuk diserahkan kepada Konsulat. Penyerahaan dokumen kepada Konsulat hanya boleh dibuat di sebelah pagi. Kalau tak sempat serahkan dalam masa yang ditetapkan, kena tunggu sehingga pagi berikutnya.
Selepas penyerahan dokumen kepada Konsulat, kami akan bawa ke kedai makan, untuk makan tengahari. Selepas itu, kami akan hantar ke hotel di Hat Yai untuk bermalam di sana.
Aktiviti di Hat Yai adalah bebas, sehingga tengahari berikutnya.
Pada tengahari hari kedua, kami akan jemput dari hotel di Hat Yai untuk pergi ke Konsulat dan ambil semua dokumen yaang telah disahkan. Selepas itu, kami akan hantar semula ke sempadan, atau ke hotel di Hat Yai, bergantung kepada pilihan pasangan yang nikah.
Kalau boleh, pilih mana-mana dua hari bekerja supaya boleh balik dengan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, selain surat nikah dan surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam Songkhla. Kalau tak boleh, pergi sehari untuk nikah dulu, dan uruskan surat pengesahan Konsulat kemudian.