Dapatkan maklumat lengkap!
Hubungi Kami: whatsapp
010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut

Di Malaysia, kes begini harus dibawa ke mahkamah untuk permohonan wali hakim, tapi jangan sampai mengakibatkan perpecahan dalam keluarga.

Wali Enggan dan Wali Hakim

Berdasarkan kepada hukum syarak, apabila seseorang itu tidak mahu mewalikan nikah anaknya kerana enggan atau berselisihfaham, maka bolehlah dinikahkan perempuan itu oleh wali hakim dengan alasan:

Pertama: Daripada Aisyah r.a. Nabi saw bersabda:

"Jika mereka berselisih , maka Sultan atau Rajalah wali bagi orang yang tidak ada wali". (Riwayat Abu Daud, Ahmad dan At-Tirmizi)

Kedua: Rasulullah saw bersabda:

"Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang besar". (Riwayat At-Tirmizi)

Menurut undang-undang Malaysia, kes wali enggan perlu dibawa ke mahkamah syariah untuk penyelesaian.

Nikah di Thailand akibat Wali Enggan

Undang-undang menetapkan bahawa kes wali enggan harus diselesaikan di mahkamah syariah. Dan kami bersetuju bahawa amat baik kalau bakal pengantin perempuan dan walinya bersetuju untuk merujuk perselisihan mereka kepada Pejabat Agama dan mahkamah, supaya dapat dicari penyelesaian terhadap perselisihan mereka.

Malangnya, tidak ramai wali yang sanggup menyelesaikan kes melalui Pejabat Agama dan mahkamah. Mereka menjadi marah bila dipanggil ke Pejabat Agama untuk sesi kaunseling, dan anak yang membawa kes ke Pejabat Agama dianggap anak derhaka. Dalam sesetengah kes, hubungan antara ayah dan anak menjadi terlalu buruk.

Dalam kes wali enggan, kami boleh bantu pasangan terlibat untuk nikah di Thailand secara sah, supaya tidak berlaku zina. Bila balik nanti, mereka tidak perlu duduk serumah sementara usaha diteruskan untuk memujuk ayah supaya menerima hubungan anak dengan pasangannya.

Apa yang Perlu Dibawa ke Thailand

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Pemilihan Tarikh Nikah

Kalau boleh, pilih mana-mana dua hari bekerja supaya boleh balik dengan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, selain surat nikah dan surat pengesahan nikah dari MAIS. Kalau tak boleh, pergi sehari untuk nikah dulu, dan uruskan surat pengesahan Konsulat kemudian.