Dapatkan maklumat lengkap!
Hubungi Kami: whatsapp
010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut

Hubungi 010-365 8513 untuk Daftar nikah Thailand di Perlis setelah balik ke Malaysia nanti.

Ada Masalah? Ada Kemusykilan?
TANYA KAMI!

Nikah Poligami di Malaysia

Untuk nikah poligami di Malaysia, pasangan yang ingin nikah perlu mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu. Ini melibatkan perbicaraan dalam mahkamah tinggi syariah dan isteri pertama akan dipanggil ke mahkamah dan hakim akan bertanya beberapa soalan kepada isteri pertama, dalam usaha untuk menentukan samada suami layak dan mampu untuk berpoligami.

Ada kalanya, isteri pertama enggan untuk datang ke mahkamah dan hakim akan menetapkan tarikh baru untuk perbicaraan seterusnya. Kalau isteri tak datang juga, perbicaraan boeh diteruskan

Selain soalan-soalan kepada isteri pertama, hakim akan tanya suami beberapa soalan lain, seperti pendapatan, tanggungan, hutang dan sebagainya, sebelum memberi keizinan untuk nikah poligami atau tidak memberi keizinan untuk nikah poligami.

Proses ini boleh mengambil masa lebih dari 6 bulan. Setelah dapat keizinan dari mahkamah syariah, barulah boleh nikah poligami di Malaysia

Untuk proses mahkamah, dokumen yang diperlukan termasuk sijil nikah dengan isteri pertama, salinan IC sendiri, isteri pertama dan anak-anak dan dokumen lain yang biasanya diperlukan untuk mohon nikah di Malaysia.

Nikah Poligami di Thailand

Untuk nikah poligami di Thailand, usurannya sangat mudah. Tak ada apa-apa kebenarnan diperlukan. Kalau pergi bersama kami, tetapkan tarikh dan boleh nikah. Kami cuma memerlukan notis sehari.

Urusan nikah poligami di Thailand memerlukan tiga hari bekerja antara Isnin dan JUmaat. Contohnya, nikah pagi Isnin, tunggu dokumen nikah, kemudian serahkan dokumen nikah kepada Konsulat Malaysia di Songkhla, kemudian bermalam dua malam, ambil dokumen daripada Konsulat Malaysia pada petang Rabu dan balik ke Malaysia. Selesai urusan nikah poligamki di Thailand.

Untuk nikah poligami di Thailand, seorang lelaki rakyat Malaysia cuma perlu bawa pasport dan kad pengenalan. Mudah!

Harga pakej adalah RM1,900 untuk berdua. Urusan tiga hari bekerja, termasuk pengesahan Konsulat Malaysia di Songkhla. Termasuk hotel. Tak termasuk maskahwin dan belanja makan berdua.

Boleh juga nikah, hantar dokumen ke Konsulat, balik ke Malaysia dan datang semula pada masa lain untuk ambil dokumen dari konsulat (RM1,700)

Nikah di Malaysia, termasuk nikah poligami, hanya sah kalau diwalikan oleh wali nasab atau wali hakim yang dilantik oleh Pejabat Agama di tempat nikah. Kalau orang lain yang jadi wali, nikah tak sah.

Kami membantu pasangan untuk nikah poligami (tanpa kebenaran mahkamah) di Pejabat Agama (yang diiktiraf oleh Malaysia) di Thailand, dengan pakej yang fleksibel, yang boleh disesuaikan dengan keadaan atau masalah masing-masing. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Untuk nikah di Thailand, bawa pasport, IC dan kamera, atau fon yang boleh rakam video. Selain itu, bagi janda atau balu, bawa surat cerai atau surat kematian suami yang ASAL. Urusan selesai dalam masa dua hari bekerja untuk balik dengan dokumen lengkap. Untuk pakej 2 hari, boleh pergi hari Isnin, Selasa, Rabu atau Khamis. Tetapkan tarikh sendiri.

Pakej nikah poligami sehari pun ada. Hari apa pun boleh pergi, kecuali Jumaat. Telefon/whatsapp 010-365 8513 untuk maklumat lanjut.

Daftar nikah poligami di Malaysia

Setelah balik ke Malaysia, kami boleh bantu untuk daftar nikah poligami itu di Perlis. Untuk tujuan ini, kami akan dapatkan alamat mastautin di Perlis. Proses pendaftaran nikah poligami di Perlis tidak memerlukan perbicaraan di mahkamah syariah dan isteri pertama tidak dipanggil. Dokumen yang diperlukan pun tidak banyak seperrti di negeri lain.

Biasanya, urusan pendaftaran di Perlis mengambil masa tak sampai sebulan. Salah seorang pasangan yang nikah perlu pergi ke Perlis untuk serahkan dokumen dan isi beberapa borang dari Pejabat Agama di Perlis. Kemudian, pergi semula pada tarikh yang Pejabat Agama di Perlis tetapkan untuk satu sesi soal-jawab ringkas. Kemudian, balik ke ruumah dan tunggu poslaju dari Perlis.

Testimoni

testimoni nikah poligami tanpa kebenaran isteri pertama

testimoni nikah poligami

testimoni nikah poligami tanpa kebenaran mahkamah

testimoni nikah poligami di Songkhla

testimoni nikah poligami di Thailand

Perjalanan Nikah di Thailand

Nikah di Thailand yang lengkap memerlukan tiga hari bekerja, antara Isnin dan Jumaat. Pilihlah tarikh sendiri. Perjalanannya seperti berikut:

Hari Pertama:

Hari Ketiga:

Nikah Poligami Tanpa Kebenaran Isteri Pertama

Kalau boleh, elakkan perkahwinan tanpa kebenaran isteri pertama dan mahkamah. Tapi kami faham bahawa ada kalanya pasangan yang ingin berpoligami akan berdepan dengan berbagai rintangan untuk nikah di Malaysia, sedangkan kalau mengikut hukum syarak, pasangan tersebut layak berkahwin.

Sebagai contoh, ada kalanya pasangan menghadapi masalah untuk mendapatkan izin mahkamah dengan kadar segera, sedangkan mereka menghadapi kesukaran untuk mengelak dari zina, atau mereka ingin berhenti dari melakukan zina dan berkahwin segera untuk menghalalkan hubungan, atau perempuan terlibat sudah hamil dan mereka ingin nikah segera untuk tidak memalukan keluarga mereka yang tak bersalah, atau lain-lain sebab yang mendesak.

Dalam kes begini, kami boleh bantu pasangan terlibat untuk nikah di Thailand secara sah dengan kadar segera. Tapi pasangan terbabit harus sedar bahawa mereka boleh dikenakan hukuman oleh mahkamah syariah bila balik nanti.

Apa yang Perlu Dibawa ke Thailand

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Pemilihan Tarikh Perkahwinan

Kalau boleh, pilih mana-mana dua hari bekerja untuk nikah poligami di Thailand supaya boleh balik dengan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, selain surat nikah dan surat pengesahan nikah dari MAIS. Kalau tak boleh, pergi sehari untuk nikah dulu, dan urusan surat pengesahan Konsulat diselesaikan kemudian.

Borang Pertanyaan/Maklumbalas

Hubungi kami melalui borang berikut atau hantar whatsapp kepada +60103658513 (Ridzwan)

Ruang Bertanda * Perlu Diisi

Nyatakan keadaan yang dihadapi dan samada mahukan balasan dari kami melalui emel atau whatsapp

Borang yang tidak diisi dengan penjelasan tentang keadaan yang dihadapi dan tidak mengandungi apa-apa pertanyaan, tidak akan dibalas