Dapatkan maklumat lengkap!
Hubungi Kami: whatsapp
010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut

HUBUNGI 010-365 8513 UNTUK NIKAH SIRI SEGERA YANG SAH DAN DIIKTIRAF OLEH MALAYSIA

Nikah Siri itu apa

Nikah siri atau nikah sirri atau nikah rahsia boleh dibahagikan kepada tiga jenis, seperti berikut:

  1. Nikah siri yang dirahsiakan daripada keluarga
  2. Nikah siri yang dirahsiakan daripada kerajaan
  3. Nikah siri yang dirahsiakan daripada keluarga dan kerajaan

Fakta paling penting dalam nikah siri adalah

Berkenaan wali yang sah, hadith dari Aisyah menyatakan

Sultan menjadi wali bagi mereka yang tiada wali".

Ini memerlukan pasangan berada lebih dari 2 marhalah dari wali nasab, kalau nak nikah yang dirahsiakan dari keluarga.

Sultan tak ada kuasa di luar "negerinya". Sultan adalah pemerintah di tempat nikah dan kuasa Sultan diturunkan kepada Pejabat Agama di tempat nikah. Maksudnya, seorang wali hakim cuma boleh menikahkan pasangan ditempat dia dilantik. Wali hakim yang dilantik di Selangor, contohnya, tak boleh menikahkan pasangan di luar Selangor. Wali hakim yang dilantik di Thailand atau Indonesia, contohnya, tak boleh menikahkan pasangan di Malaysia.

Untuk nikah siri yang sah dan dapat surat nikah yang sah, pilihan terbaik adalah nikah di Pejabat Agama Islam Songkhla, kemudian dapatkan surat pengesahan nikah daripada Konsulat Malaysia di Songkhla (tempat lain di Selatan Thailand tak ada konsulat Malaysia). Surat nikah daripada Thailand tak diiktiraf di Malaysia kalau tak ada pengesahan Konsulat Malaysia di sana.

Nikah siri di Malaysia

Sangat susah untuk nikah siri di Malaysia disebabkan masalah wali.

Kalau nak rahsiakan daripada keluarga, kena lantik wali hakim. Cuma pejabat agama saja yang boleh lantik wali hakim. Tapi, proses melantik wali hakim melalui Pejabat Agama memerlukan permohonan nikah yang biasa dan wali keluarga akan dipanggil ke Pejabat Agama atau mahkamah syariah. Dah tak rahsia!

Kalau nak rahsiakan daripada kerajaan, kena nikah di rumah. Nikah dengan wali keluarga. Tapi, tak dapat sijil nikah yang sah.

Kalau nak rahsiakan daripada keluarga dan kerajaan, dah tentu tak ada jalan untuk nikah di Malaysia. Tak ada cara yang sah.

Nikah Siri di Thailand

Kami bawa ke Pejabat Agama Thailand untuk nikah siri atau nikah rahsia yang memenuhi semua rukun nikah dan syarat sah nikah, walaupun tanpa wali nasab. Dan nikah siri itu diiktiraf dan boleh daftar di Malaysia

Kami bawa ke salah satu Pejabat Agama yang Malaysia iktiraf di Thailand supaya nikah itu dilakukan oleh wali hakim yang dilantik oleh Pejabat Agama. Selepas itu, kami bawa ke Konsulat Malaysia (Kedutaan Malaysia) di Songkhla untuk mereka sahkan surat nikah. Ini sangat penting untuk mendapat pengiktirafan Malayia.

Jangan bawa imam dari Siam atau Indonesia untuk menjadi wali bagi nikah di Malaysia. Kalau buat begitu, nikah tu tak sah sebab wali nikah tu tak sah. Wali hakim atau wali am yang sah cuma yang dilantik oleh pihak berkuasa (Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah) di tempat nikah saja.

Nikah siri dalam bentuk nikah kampung yang tak melibatkan Pejabat Agama harus dielakkan sebab tak dapat surat nikah yang sah.

testimoni nikah siri

testimoni nikah poligami

Hukum dan Maksud Nikah Siri

Nikah siri ialah kahwin rahsia. Perkataan siri berasal dari perkataan Arab Sirri yang bermaksud rahsia.

Nikah rahsia sering menjadi tidak sah akibat dinikahkan oleh wali atau jurunikah yang tidak sah. Nikah batin, yang tiada saksi atau jurunikah, hanya bersaksikan Tuhan, adalah tidak sah juga.

Pasangan yang ingin nikah perlu menggunakan samada wali nasab atau wali yang dilantik oleh Kerajaan di mana pernikahan itu berlangsung. Jika tidak, maka pernikahan itu tidak sah. Syarat nikah siri tanpa wali nasab dari pihak perempuan memerlukan jarak dua marhalah atau lebih antara tempat nikah dan tempat wali nasab pengantin perempuan berada pada waktu nikah berlangsung.

Sekiranya nikah tanpa wali yang sah, maka pasangan harus berpisah sehingga mereka nikah semula dengan memenuhi semua syarat-syarat sah nikah.

Bagi sesiapa yang ingin nikah siri tapi tidak boleh melakukannya di Malaysia, jangan mencari sindiket atau nikah kampung yang tak melibatkan Pejabat Agama. Nikah di Pejabat Agama Islam Thailand adalah penyelesaian yang lebih baik.

Hukum Nikah Siri Dalam Pandangan Islam

nikah siri ialah nikah rahsia

Nikah siri ialah nikah yang dirahsiakan, samada dari keluarga dan wali nasab, atau nikah kampung yang dirahsiakan dari Kerajaan. Untuk merahsiakan, mungkin pasangan itu tidak tinggal bersama dan tidak melakukan kenduri kahwin, sama seperti pasangan yang nikah gantung, tapi mereka melakukan senggama.

Nikah siri ada tiga jenis. Di antaranya, ada yang sah dan ada yang tak sah. Yang sah ialah yang memenuhi semua rukun sah nikah.

Yang tak sah, biasanya, ialah yang dinikahkan oleh wali atau jurunikah yang tak layak menikahkan pasangan berkenaan.

1. Nikah Siri yang Tidak Sah

Hadith sahih menyatakan bahawa Raja menjadi wali bagi mereka yang tidak mempunyai wali. Maksudnya, kalau tak ada wali nasab, maka pemerintah atau Kerajaan di tempat nikah itu saja yang boleh melantik seorang wali bagi pasangan yang ingin bernikah. Pasangan itu tak boleh melantik wali sendiri. Orang lain pun tak boleh melantik wali bagi mereka. Yang boleh melantik wali cuma Kerajaan di tempat nikah.

Sering terjadi, terutamanya di kalangan penduduk Indonesia di Malaysia, pernikahan berlangsung menggunakan wali atau jurunikah yang bukan wali nasab dan bukan pula wali yang dilantik oleh Kerajaan (Pejabat Agama atau mahkamah Syariah) di tempat pernikahan itu berlangsung. Maksudnya, mereka kahwin senyap dengan wali tahkim.

Pernikahan begitu adalah tidak sah, dan pasangan tidak boleh bersekedudukan seperti pasangan suami-isteri yang lain. Mereka perlu berpisah sehingga nikah semula secara sah.

Satu lagi nikah siri yang tidak sah ialah pernikahan yang berlangsung di sempadan Malaysia-Thailand di sebelah Malaysia, contohnya di Perlis atau Kelantan, di mana jurunikah dan wali dibawa masuk dari Thailand, dan pasangan menerima surat nikah dari Thailand.

Pernikahan begini juga tidak sah, sebab wali tidak dilantik oleh Kerajaan di mana pernikahan berlangsung. Harus diingat bahawa Kerajaan Perlis dan Kerajaan Kelantan tidak melantik imam Siam untuk mewalikan pernikahan di negeri-negeri tersebut!

2. Nikah Siri yang Sah, Dirahsiakan daripada Wali

Pernikahan begini biasanya berlangsung di Pejabat Agama Islam di luar negara, terutamanya Thailand.

Pernikahan berlangsung lebih dari dua marhalah dari tempat wali nasab berada pada masa nikah berlangsung, untuk membolehkan wali am atau wali hakim (yang dilantik oleh Kerajaan di tempat nikah) menikahkan dengan memenuhi semua syarat-syarat sah nikah.

Pernikahan kemudiannya didaftarkan di Pejabat Agama di Malaysia, tanpa pengetahuan wali nasab.

Perkahwinan begini adalah sah mengikut hukum syarak dan mematuhi undang-undang Malaysia, setelah dibayar apa-apa denda yang dikenakan oleh Mahkamah Syariah.

3. Nikah yang Sah, Dirahsiakan daripada Kerajaan

Pernikahan dilangsungkan oleh wali nasab dan memenuhi semua syarat-syarat sah nikah. Tetapi, pernikahan ini tidak didaftarkan di Pejabat Agama dan pasangan yang berkahwin tidak mempunyai apa-apa dokumen sebagai bukti mereka telah nikah. Sekiranya disoal oleh Pegawai Pencewgah Maksiat, pasangan tak ada cara untuk membuktikan bahawa mereka telah bernikah, kecuali dengan membawa saksi nikah dan wali ke mahkamah. Mereka semua boleh dikenakan denda dan penjara.

Masalah lain juga boleh timbul dengan pernikahan cara ini, terutamanya kalau pasangan dikurniakan anak. Pendaftaran di JPN akan bermasalah dan hak anak untuk mendapat harta pusaka kemudian nanti akan bermasalah juga.

Punca Berlaku Nikah Rahsia

Kebanyakan nikah rahsia di kalangan rakyat Malaysia adalah pernikahan yang dirahsiakan dari wali. Dari pengalaman kami, punca utama pernikahan dirahsiakan adalah seperti berikut:

Dalam kes pasangan pelajar, nikah itu tidak didaftarkan di Malaysia. Tapi, dalam kes wali enggan, ada yang mendaftar dan ada yang tidak mendaftar di Malaysia. Yang tidak mendaftar ialah mereka yang masih berharap agar wali akan memberikan persetujuan kepada mereka untuk berkahwin semula di Malaysia.

Quran & Hadith - Nikah & Rezeki

Umat Islam digalakkan berkahwin. Quran sendiri menyatakan:

Pernikahan boleh menambah rezeki, dan ini diterangkan melalui ayat Quran di atas dan beberapa hadith, contohnya:

Kalau dah memenuhi syarat, berkahwinlah.

Nikah Rahsia atau Kahwin Senyap di Thailand

Kami boleh membantu mana-mana pasangan yang bermasalah untuk nikah di Malaysia, sedangkan mengikut hukum syarak mereka layak untuk berkahwin. Kami boleh membawa pasangan demikian ke Thailand untuk kahwin senyap secara sah di Pejabat Agama yang diiktiraf oleh JAKIM.

Pasangan akan menerima surat nikah dan surat pengesahan nikah dari Pejabat Agama di Thailand, selain surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla.

Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia adalah amat penting bila balik ke Malaysia nanti. Surat nikah dari Thailand tidak bermakna kalau tidak disertai dengan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

Apa yang perlu dibawa Untuk kahwin di Thailand

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Warga asing hendaklah menyemak dengan Kedutaan Thailand samada mereka perlu memohon visa sebelum pergi ke Thailand.

Mualaf hendaklah berkhitan (bersunat) dahulu sebelum pergi ke Majlis Agama Islam Songkhla.

Pemilihan Tarikh ke Thailand

Pilih mana-mana hari bekerja untuk perkahwinan di Thailand.

Borang Pertanyaan/Maklumbalas

Isi ruang berikut untuk menghubungi kami berkenaan nikah siri atau nikah kampung.

Ruang Bertanda * Perlu Diisi

Nyatakan keadaan yang dihadapi dan samada mahukan balasan dari kami melalui emel atau whatsapp

Borang yang tidak diisi dengan penjelasan tentang keadaan yang dihadapi dan tidak mengandungi apa-apa pertanyaan, tidak akan dibalas



24