Dapatkan maklumat lengkap!
Hubungi Kami: whatsapp
010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut

Kami menguruskan nikah di sempadan Thailand, di pejabat agama di lima wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Wilayah yang dimaksudkan adalah Satun, Songkhla, Yala, Pattani dan Narathiwat.

lima wilayah yang boleh nikah di sempadan Thailand

Untuk Narathiwat, ada tempat nikah yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Narathiwat, di Bandar Sungai Golok dan di Tak Bai. Tapi perlu hati-hati sebab banyak juga tempat nikah yang tak dilantik oleh Majlis Agama Islam Narathiwat dan jurunikahnya pun tak ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam Narathiwat. Nikah tak sah dan surat nikah pun palsu. Berhati-hati!

Untuk Yala, ada satu cawangan Majlis Agama Islam Yala di Betong.

Tak ada tempat nikah yang sah di sempadan Thailand kecuali yang tersenarai di atas.

Kalau nikah di wilayah lain di sempadan Thailand, nikah itu tak diiktiraf di Malaysia dan tak boleh daftar di Malaysia.

Perbandingan tempat nikah di sempadan

Masa buka dan masa ke Konsulat

Catatan: "Masa ke Songkhla" adalah masa perjalanan ke Songkhla dari setiap Pejabat Agama di atas. Masa perjalanan ini penting sebab surat nikah perlu dapat surat pengesahan nikah daripada Konsulat Malaysia di Songkhla. Kalau tak ada surat pengesahan Konsulat, tak boleh daftar di Malaysia dan surat nikah tak diiktiraf di Malaysia. Urusan Konsulat tak boleh diwakilkan. Salah seorang yang nikah perlu pergi ke sana.

Konsulat cuma menerima serahan dokumen sebelum pukul 11:45 pagi. Kalau lambat, kena tunggu hari esoknya.

Urusan cerai taklik

Ada perbezaan di antara proses cerai taklik di lima wilayah di atas.

Lafaz taklik

Syarat taklik di semua lima Pejabat Agama adalah hampir sama dan boleh dibaca di sini

Kalau isteri ingin tuntut cerai akibat dipukul oleh suami, segera buat aduan polis dan pemeriksaan doktor. Bawa dua laporan ini ke Pejabat Agama tempat nikah di selatan Thailand untuk tuntut cerai. Jangan tunggu sehingga kesan pukulan dah hilang!

Harga Pakej Nikah

Harga pakej nikah di lima wilayah di atas berbeza disebabkan beberapa perkara seperti masa yang diperlukan, harga yang dikenakan oleh Majlis Agama Islam berkenaan, kos perjalanan, keperluan hotel dan sebagainya.

Masa yang diperlukan

Ada tempat yang memerlukan 3 hari bekerja dan ada tempat yang memerlukan 4 hari bekerja untuk balik dengan dokumen lengkap. Lagi dekat pejabat agama itu dengan Konsulat Malaysia di Songkhla, lagi tinggi kemungkinan boleh selesai dalam masa 3 hari bekerja. Kalau nikah awal pagi di Satun, Songkhla atau Pattani, boleh siap dalam masa 3 hari bekerja. kalau nikah lambat, empat hari bekerja diperlukan untuk nikah dan dapat surat pengesahan Konsulat. Untuk Yala, biasanya 4 hari diperlukan. Begitu juga dengan Narathiwat.

Kalau nikah di sempadan di Betong, Bandar Sungai Golok atau Tak Bai, masa yang diperlukan adalah lebih lama, seperti berikut:

Daftar Nikah sempadan Thailand di Malaysia

Setelah mendapat dokumen nikah yang lengkap daripada Thailand, nikah itu bolehlah didaftarkan di Malaysia. Secara amnya, nikah perlu didaftarkan di pejabat agama di tempat mastautin. Contohnya, kalau menetap di Kuala Lumpur, daftar di Kuala Lumpur. Kalau menetap di Ipoh, daftar di Ipoh.

Proses pendaftaran dan denda yang boleh dikenakan berbeza dari negeri ke negeri. Ada yang RM500 untuk setiap kesalahan, ada yang RM1,000 untuk setiap kesalana, ada yang RM2,000 untuk setiap kesalahan, ada yang "bergantung kepada mahkamah", ada yang "bayar dulu sebelum perbicaraan pengesahan nikah dan sebagainya. Macam-macam ada. Tanyalah pejabat agama di tempat tinggal untuk i=urusan dan denda sebenarnya.

Kalau tak nak masuk mahkamah dan nak cepat selesai, kami boleh bantu untuk daftr di Perlis. Hubungi 010-365 8513 untuk maklumat lanjut.

Mengapa perlu daftar di Malaysia

Kalau tak daftar nikah di sempadan itu di Malaysia, tak ada rekod nikah itu di Malaysia. Ini bakal menimbulkan beberapa masalah, di antaranya seperti berikut:

Borang Pertanyaan/Maklumbalas

Isi ruang berikut untuk menghubungi kami.

Ruang Bertanda * Perlu Diisi

Nyatakan keadaan yang dihadapi dan samada mahukan balasan dari kami melalui emel atau whatsapp

Borang yang tidak diisi dengan penjelasan tentang keadaan yang dihadapi dan tidak mengandungi apa-apa pertanyaan, tidak akan dibalas