1. Lafaz Taklik Majlis Agama Islam Songkhla
Berikut ialah lafaz taklik bagi Majlis Agama islam Songkhla:
Saya (nama suami) ialah suami kepada (nama isteri) yang sah pada hukum syarak, boleh berjanji terhadap isteri di hadapan jurunikah dan saksi dengan kata:
Bahawa saya akan memelihara isteri saya mengikut hukum syarak.
Saya tidak akan menceraikan isteri saya dengan sesuka hati sebelum memaklumkan kepada pihak yang berkenaan. Saya berlafaz taklik dengan katanya:
- Sekiranya saya tidak dapat bersekedudukan dengan isteri saya atau
- saya menyakiti akan dia sebagai menyakiti yang melampau atau
- saya tidak dapat bersekedudukan dengannya seperti suami isteri orang ramai lebih daripada empat bulan
maka mengadu ia kepada ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam wilayah yang berkenaan, serta mendapatkan dua orang saksi di atas dakwaannya, dan diisbatkan pengaduannya, maka tertalak dia satu talak; dan jika saya ruju' akan dia yang tertalak dengan taklik ini atau dengan talak yang lain dengan ketiadaan redhanya, maka tertalak ia satu talak pula.
2. Lafaz Taklik Majlis Agama Islam Pattani
Aku bertaklik
- jika tidak sekedudukan dengan isteriku yang bernama (nama isteri) seperti suami isteri mengikut syarak,
- atau aku tidak memberi nafkah terhadapnya lebih dari empat bulan,
- atau aku menyakiti kepadanya,
dan
- mendakwa ia kepada kadi atau ahli jawatankuasa Islam Wilayah
- serta mendatangkan dua orang saksi atas dakwaannya,
- dan apabila disabitkan dakwaannya,
maka tertalaklah ia dengan satu talak.
Dan setiap kali aku rujuk akan dia dengan tidak ridhanya, maka tertalaklah ia dengan satu talak pula.
3. Lafaz taklik Majlis Agama Narathiwat dan Satun
Manakala aku melakukan salah satu dari perkara berikut
- Meninggalkan isteri aku (nama isteri) selama empat bulan dengan tidak memberi nafkah
- Tidak sekedudukan secara suami isteri
- Menyakiti tubuh badannya yang membawa kepada kecacatan atau kemudharatan
maka
- mengadu ia kepada Pejabat Islam,
- masjid yang diduduki
- atau kepada Majlis Agama Islam
- serta mendirikan dua orang saksi,
- setelah diperiksa dan dipercayai benar diatas hal yang tersebut
maka tertalak ia dengan satu talak.
Dan sekiranya aku rujuk dengan ketiadaan redhanya, maka tertalak pula dengan satu talak.
4. Lafaz Taklik Majlis Agama Yala
Jika aku
- halak pajang akan isteriku (nama isteri) dengan bahawa aku tidak memberi nafkah akan dia
- atau aku tidak sekedudukan dengan dia seperti suami isteri orang ramai lebih dari empat bulan
- atau aku menyakiti akan dia
kemudian mengadu ia kepada jawatankuasa Islam wilayah atau kadi dengan mendatangkan dua orang saksi diatas pengaduannya dan apabila diisbatkan pengaduannya maka tertalaklah ia dengan satu talak dan tiap2 aku rujuk akan dia dengan ketiadaan redhanya maka tertalaklah ia satu talak pula.
Catatan: Halak panjang bermaksud ditinggal lama.
Borang Pertanyaan/Maklumbalas
Hantar whatsapp kepada +60103658513 (Ridzwan) atau isi ruang berikut untuk menghubungi kami berkenaan cerai di Thailand.
Ruang Bertanda * Perlu Diisi