Dapatkan maklumat lengkap!
Hubungi Kami: whatsapp
010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut

Tarikan Pelancong di Songkhla

Songkhla amat sesuai dijadikan tempat pelancongan. Macam-macam tempat dan aktiviti menarik ada di sini. Pasangan yang mengikuti kami ke Songkhla boleh bersiar-siar melihat sebahagian dari tarikan pelancong di sekitar wilayah Songkhla, tanpa dikenakan caj tambahan untuk pengangkutan.

Namun begitu, dikenakan sedikit caj untuk masuk ke beberapa kawasan pelancong seperti akuarium, zoo dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa tempat diantara tempat-tempat tarikan pelancong Songkhla.

Taman Burung

kawasan perlindungan burung di tasik Songkhla

Kawasan perlindungan burung Thale Noi terletak dalam tasik Songkhla. Ini adalah kawasan perlindungan burung terbesar di Thailand, dengan 200 spesis burung.

Chang Puak Camp

tunggang gajah di Hat Yai

Di sini bukan saja boleh tunggang gajah tapi ada pertunjukan gajah, monyet, buaya dan pertunjukan singa putih. Nak bergambar dengan singa pun boleh.

Zoo Songkhla

zoo songkhla adalah zoo terbesar di Selatan Thailand

Zoo Songkhla ialah zoo yang terbesar di Selatan Thailand, dengan 150 spesis binatang.

Muzeum Songkhla

Muzeum Songkhla mengandungi bahan pra-sejarah

Muzeum Songkhla menempatkan koleksi menarik termasuk barang primitif prasejarah dan arkeologi dari zaman kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga abad ke-9).

Akuarium Songkhla

akuarium Songkhla mempamerkan berbagai jenis ikan

Akuarium Songkhla yang luas ini mengandungi berbagai jenis ikan air tawar dan ikan laut, dan menggambarkan jenis-jenis ikan yang terdapat diperairan Songkhla. Bayaran masuk ialah 50 Baht - 200 Baht sehari.

 

Pantai Songkhla

pantai songkhla mempunyai naga dan ikan duyung

Pantai Songkhla adalah pantai yang popular di kalangan pelancong dari Malaysia. Pantai ini dihiasi patung naga, ikan duyung, kucing, tikus dan sebagainya.

Jambatan Thinsulanond

Jambatan Thinsulanond

Jambatan Thinsulanond, Songkhla, ialah jabatan konkrit terpanjang di Thailand (2.6km). Ia melalui pulau Ko Yo yang terkenal dengan kain tenunan tangan.

Pulau Ko Yo

perusahaan kain Ko Yo

Ko Yo adalah sebuah pulau dalam Tasik Songkhla. Pulau ini terkenal dengan penghasilan kain tenunan tangan. Perjalanan ke pulau ini adalah melalui Jambatan Songkhla.

Air terjun Ton Nga Chang

air terjun Tonenga

Air terjun Ton Nga Chang turun dari bukit, menempuhi 7 air terjun semuanya. Air terjun ini terletak 26km di Barat Hat Yai.

Pasar terapung Songkhla

pasar terapung Hat Yai di Khlonghae

Pasar terapung Songkhla ialah kawasan dimana sampan digunakan sebagai tempat menjual kepada pelanggan ditebing sungai. Kebanyakan peniaga disini beragama Islam. Makanan laut, kuih-muih, minuman dan sebagainya banyak terdapat di sini.